Ekonomi

TH Properties lancar projek Pristine Premier dan Riposo Biz Centre di Bandar Enstek

TH Properties Sdn Bhd melancarkan Pristine Premier dan Riposo Biz Centre, iaitu projek perumahan dan komersial terbaru Kumpulannya, sempena penganjuran Karnival Hartanah Bandar Enstek.

Terletak di Bandar Enstek, Negeri Sembilan, kedua-dua projek ini dijangka mendapat sambutan baik daripada pembeli dan pelabur hartanah yang mengidamkan hartanah berkualiti pada harga yang berpatutan.

Pristine Premier yang terdiri daripada 51 unit rumah teres dua tingkat, adalah fasa terakhir projek Pristine, dengan nilai pembangunan kasar berjumlah RM19.18 juta.

Pembangunan ini menampilkan landskap berinspirasikan alam semula jadi dan reka bentuk seni bina kontemporari dengan pelbagai pilihan saiz daripada 20 x 80, 22 x 77 sehingga 22 x 90; serta pilihan keluasan dari 1,662 kaki persegi hingga 1,829 kaki persegi.

Dengan tawaran harga bermula dari RM571,295 hingga RM863,160, projek perumahan yang terletak di tengah perbandaran maju dan mapan ini menampilkan gabungan harga mampu milik dan keselesan yang tiada tandingan.

Ketua Jabatan Operasi TH Properties Amri Shaari berkata, konsep dan ciri-ciri reka bentuk yang dibina di dalam rumah ini adalah selari dengan permintaan pasaran.

“Tiga fasa projek Pristine sebelum ini telah habis dijual sepenuhnya dan kami menjangkakan pelancaran projek baru ini akan turut diterima baik oleh pembeli,” katanya.

Selain itu, TH Properties turut melancarkan enam kedai pejabat Riposo Biz Centre di karnival terbabit. Kedai pejabat dua tingkat ini didatangkan dengan keluasan dari 2,926 kaki persegi sehingga 4,798 kaki persegi; serta harga yang bermula dari RM927,500 sehingga RM1,571,700.

Berucap di majlis pelancaran Karnival Hartanah Bandar Enstek, Ahli Lembaga Pengarah TH Prop, Datuk Syed Naqiz Shahabuddin Syed Abdul Jabbar berkata projek baharu ini melambangkan komitmen Kumpulan TH Prop untuk mencipta nilai berkekalan dan memberikan pengalaman hidup yang menyeluruh.

“Karnival Hartanah Bandar Enstek ini bukan hanya berkisar sekitar hartanah semata-mata. Ianya juga meraikan komuniti dan keterlibatan masyarakat.

“Pengunjung akan dihiburkan dengan penampilan istimewa oleh Upin dan Ipin, menikmati keseronokan bersama keluarga di zoo haiwan jinak, atau mengekpresi seni melalui aktiviti lukisan inai,” katanya.

Karnival ini juga menawarkan insentif istimewa untuk 20 pembeli terawal yang melayakkan mereka mendapat baucar Ikea bernilai RM3,500. – SM

Artikel berkaiatan > Inisiatif pemilikan rumah diteruskan melalui jaminan pembiayaan perumahan hingga RM5 bilion

(Visited 634 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button