JenayahNasionalNegeri

Pelajar 16 tahun bawa pikup dipenuhi 230 kg ketum ditahan

SEORANG pelajar lelaki berusia 16 tahun ditahan apabila memandu sebuah pikup yang dipenuhi dengan 230 kilogram ketum bernilai RM2,300.

Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim berkata, kes ini dikesan pada pukul 11 pagi pada 15 Februari lalu.

Ismail Hashim menunjukkan bahagian bawah belakang pikup yang diubahsuai bagi mengisi ketum untuk diseludup.

“Sepasukan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Bahagian Penguatkuasaan Padang Besar semasa itu telah melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan sempadan di laluan keluar di Pos Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQs) Wang Kelian, Kaki Bukit, Perlis,” katanya pada sidang media di Taman Kastam 2, Padang Besar hari ini.

Ismail berkata, pasukan berkenaan telah memeriksa sebuah kenderaan pikup Isuzu D-Max RZAE- TC bernombor pendaftaran Thailand yang dipandu oleh pelajar berkenaan.

Katanya, hasil pemeriksaan telah mendapati terdapat beberapa bungkusan berisi daun ketum yang disembunyikan di bahagian bonet hadapan, ruang tersembunyi belakang kenderaan dan di dalam kenderaan.

“Pelajar berkenaan mendakwa mendapat upah RM10 untuk membawa daun ketum ke sempadan,” katanya.

Ismail berkata, pelajar berkenaan telah dikenakan wang jaminan RM10,000.

“Bapa saudara pelajar berkenaan dikatakan telah membayar wang ikat jamin tersebut,” katanya.

Beliau berkata, kesemua bungkusan daun ketum yang disyaki untuk diseludup ke negara Thailand telah disita bersama-sama kenderaan pikup yang digunakan dianggarkan bernilai RM110,000.

Ismail berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 30(5) Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit (RM100,000) atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. – SM

BACA Dua pegawai kanan polis antara enam lelaki ditahan miliki air ketum

(Visited 53 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button