Luar Negara

Tentera zionis Israel sendiri bunuh lebih 60 tebusan di Gaza melalui serangan udara

LEBIH 60 tebusan dilaporkan hilang susulan serangan udara zionis Israel ke atas Gaza, kata pejuang, Hamas, kelmarin.

Akhir bulan lalu, Hamas memaklumkan dianggarkan 50 tawanan yang ditahan oleh Kumpulan tentera zionis Israel itu terbunuh dalam serangan yang dilancarkan oleh Israel sendiri  ke atas Gaza dalam usaha mereka untuk melakukan pembersihan etnik.

Abu Ubaida, jurucakap Briged Izz el-Deen al-Qassam melalui akaun telegram Hamas berkata, 23 daripada 60 mayat tebusan Israel yang hilang terperangkap di bawah runtuhan.

“Nampaknya kita tidak akan dapat mencari mereka kerana pencerobohan kejam yang berterusan terhadap Gaza,” katanya.

Reuters bagaimanapun tidak dapat mengesahkan kenyataan itu dengan segera.

Tentera zionis Israel pula tidak memberi maklum balas ketika dihubungi Reuters untuk mendapatkan komen.

Sementara itu, rakan sekutu Israel, Amerika Syarikat (AS) menerbangkan dron pengawasan ke atas Gaza untuk mencari tebusan yang ditahan oleh pejuang Hamas ketika menyerang Israel pada 7 Oktober lalu, kata dua jurucakap AS pada Khamis lalu.

Setakat ini, Hamas sudah membebaskan empat orang awam daripada 239 yang dipercayai ditahan. – SM

(Visited 43 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button