fbpx
Luar Negara

18 terbunuh, 30 cedera ditembak lelaki di majlis perkahwinan

SEORANG lelaki bersenjata menaiki motosikal melepaskan tembakan secara rambang membunuh 18 tetamu dalam satu majlis perkahwinan di wilayah Kaduna, utara Nigeria, semalam.

Dalam tragedi itu, sekurang-kurangnya 30 tetamu yang lain cedera terkena tembakan yang dilepaskan oleh lelaki berkenaan ke arah tetamu.

Menurut Ketua Pentadbiran Daerah, Bege Katuka Ayuba, suspek yang menaiki motosikal menyerbu kampung Kukum-Daji di daerah Kaura dan melepaskan tembakan yang kebanyakan mangsa adalah lelaki muda.

“Daripada jumlah yang terkorban, 15 mangsa mati di lokasi kejadian manakala tiga lagi meninggal dunia di hospital,” katanya.

Beliau berkata, pihak berkuasa tidak mengetahui siapakah yang mendalangi serangan itu namun daerah berkenaan menjadi pusat keganasan antara pengembala muslim Fulani dan petani etnik Kristian.


Sementara itu, jurucakap polis negeri mengesahkan serangan itu namun enggan mengulas lanjut.

“Ada laporan kehilangan nyawa dalam serangan itu tetapi kami belum mempunyai angka korban sebenar,” kata Mohammed Jalinge kepada AFP.

Kawasan Kaduna Selatan yang didiami penduduk beragama Kristian dilanda perselisihan berpanjangan antara petani dan pengembala mengenai hak air.

Berlaku peningkatan kes pembunuhan di antara kedua-dua kumpulan sejak kebelakangan ini yang mendorong pihak berkuasa negeri mengisytiharkan gencatan senjata namun usaha itu tidak gagal dilaksanakan. – SM

Show More

Related Articles

Back to top button