Bola SepakLuar NegaraSukan

Bekas isteri bintang Man City pamer kebodohan depan polis

Wanita itu persoal mengapa dia tidak boleh berparti ketika pandemik

BEKAS isteri bintang Manchester City, Riyad Mahrez mendakwa dia didenda pihak berkuasa hanya semata-mata kerana dirinya terlalu seksi, sewaktu wanita itu melanggar peraturan kawalan perintah berkurung, apabila bertanya kepada polis: “Adakah anda semua tidak lagi gemar berparti?”

Rakaman video menunjukkan Rita Johal, 28, dikelilingi anggota polis yang sedang mengeluarkan saman kepadanya kerana berparti di sebuah pangsapuri dekat London.

Model tersebut bersama beberapa orang kenalannya berada di sebuah kediaman pada Jumaat malam (Sabtu waktu Malaysia) sewaktu dia memuat naik sebuah video kepada setengah juta pengikutnya di Instagram.

Rita turut menyertakan kapsyen pada video klip tersebut: “Tidak mengapa kerana menjadi terlalu seksi. Loool kita semua didenda, jangan bimbang mengenainya sayangku.”

Menerusi video itu memaparkan sekurang-kurangnya 10 orang anggota Polis Metropolitan sedang melakukan soal siasat ketika Rita bertanya mereka: “Apakah maknanya kehidupan? Adakah anda tidak lagi gemarkan parti?”

Kemudian seorang anggota polis wanita kedengaran berkata: “Tidak pada ketika perintah berkurung.”

Johal selepas itu menjawab: “Anda tidak boleh hidup dalam tekanan di dunia ini, kita perlu bergembira.”

Model tersebut kemudiannya terus mempamerkan sikap bodohnya dengan mendakwa “hanya satu peratus yang mengawal kita”, sebelum menjerit: “Kita semua kena mengharunginya bersama!”

Dia kemudiannya telah meminta polis mengenakan denda kepadanya kerana melanggar undang-undang.

Semalam, bekas isteri bintang Manchester City itu mendakwa Polis Metropolitan bersikap terlalu tegas dan dia tidak akan membuat permohonan maaf kerana melanggar undang-undang yang digariskan pihak berkuasa.

Dia berkata kepada The Sun: “Demi tuhan. Tidak ramai orang yang berada di sana, lebih kurang lima orang.

“Mengapa semua ini disiarkan, apa tujuannya? Adakah anda cuba untuk memburukkan nama saya? Adakah itu perancangan anda?”

Pada ketika ini, bersosial dengan bertemu ahli keluarga atau sahabat-handai melainkan mereka duduk serumah dengan anda adalah satu perbuatan yang melanggar undang-undang.

Bagi mana-mana individu yang ditangkap polis kerana melanggar peraturan boleh berdepan hukuman denda 200 pound (RM1,118) di atas kesalahan kali pertama dan jumlah denda itu boleh digandakan sehingga ke maksimum 6,400 pound (RM35,798).

Sementara itu, bagi sesiapa yang menganjurkan atau terlibat dalam sebarang aktiviti berkumpukan melebihi 30 orang boleh dikenakan denda sehingga 10,000 pound (RM55,934).

Rita, yang tinggal di sebuah rumah agam bernilai 2 juta pound (RM11.18 juta) di Buckinghamshire, berpisah dengan bintang Manchester City, Mahrez, 29, pada 2019.

Mereka memiliki dua orang anak. – The Sun – SM

(Visited 310 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button