Hiburan

Life Petal tampil dengan Warkah 2023, layankan aje!

MASUK link https://youtu.be/sGwK0J7Eet4. Apakah Warkah 2023? Warkah 2023 ialah lagu daripada kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Life Petal. Oh, kelopak bunga yang hidup maksud nama kumpulan ini yang tampil dengan lagu terbaharu mereka, tahun ini.

Mengikut sejarah mereka tersendiri, mereka memulakan langkah pertama untuk muncul sebagai artis berkumpulan dengan menggunakan nama Fassa De’Rossa pada tahun 2013 sebelum mengubah nama kumpulan itu, setahun kemudian.

Kumpulan ini diketuai pemain keyboard, Luqman manakala anggota lain dibarisi dua vokalisnya, Zax Ramli dan Fafa, pemain gitar ialah Nazz dan Satria manakala Azim pemain bass dan Lee bermain drum.

Menurut kenyataan akhbar mereka, maksud Life Petal ialah mahu menunjukkan bahawa kumpulan ini ingin menyampaikan pesanan tentang kehidupan.

“Life dan Petal pula ialah kelopak bunga yang metaforanya dalam Bahasa Inggeris ialah alam cinta. Tidak kira sama ada sesama hubungan manusia dan maha pencipta,” katanya.

Bercakap tentang genre, Life Petal, katanya, memberi tumpulan ke arah genre simfonik balada rockestra dan inspirasi utama kumpulan ini ialah kumpulan popular Scorpions.

Judul lagu WARKAH ada sinopsis atau jalan ceritanya. Ia diadaptasi dari cerita sebenar yang berlaku ke atas diri vokalis, Zax Ramli.

“Seperti biasalah, mungkin kepada semua, ia dicipta dengan jalan cerita yang cliché. Bagaimanapun, terpulanglah kepada penerimaan dan pendapat masing-masing untuk menilainya,” jelas mereka.

Pemahaman paling mudah, Warkah 2023 ialah lagu yang disimbolikkan sebagai lagu cinta. Lagu tentang sepasang insan yang melalui pelbagai fasa untuk mencapai cinta sejati tetapi tidak kesampaian kerana pelbagai masalah melanda.

Atas sebab dua darjat yang berbeza dan mendapat bantahan daripada bapa si gadis maka hubungan yang dijalin menjadi kucar kacir.

Jadi, muzik video rasmi Warkah 2023 telahpun dilancarkan di platform media sosial YouTube Life Records Malaysia pada 2 Julai lalu.

LAGU-LAGU LIFE PETAL

  1. PERMATA KU (2014)
  2. IKRAR CINTA (2016)
  3. SALAM MAAF (2017)
  4. TIKA BERSAMA (2017)
  5. JIWA RAMADHAN (2018)
  6. PILU (2019)
  7. WARKAH 2023 (2023) – SM
(Visited 70 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button