Hiburan

Rakaman Audio pergaduhan Aisyah Hijanah dan Alif Teega tersebar

Sejak seminggu ini masih hangat diperkatakan tentang pempegaruh terkenal Alif Teega sudah berkahwin kali kedua semasa isteri pertamanya, Aisyah Hijanah sedang mengandung lima bulan.

Bukan itu sahaja, laporan kesihatan Aisyah juga telah tular yang dilaporkan mengalami kecederaan akibat dipukul di rumah.

Alif Teega, tegar menduakan isterinya

Terbaru, sebuah rakaman suara telah tersebar di TikTok, memaparkan pergaduhan Aisyah dan Alif.

Menerusi rakaman tersebut, kedengaran Alif seakan tidak berpuas hati terhadap Aisyah kerana memuat naik mengenai masalah rumah tangga mereka di media sosial.

‘’Hari ini abang akan masuk lokap sebab abang hentak kepala abang dekat kepala Aisyah tadi kan?

‘’Khadijah Nampak dan sampai lebam tangan Aisyah.

‘’Bagus sangat, hari ini abang akan masuk lokap.

Dalam pada itu, Alif dilihat seakan mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa tindakannya itu adalah kerana sudah hilang sabar dengan isterinya.

‘’Aisyah yang mula dulu (kekerasan), Aisyah kutuk dan banyak kali dah hina abang. Aisyah tak hormat abang sebagai seorang suami.

‘’Macam mana abang tak marah? Abang cakap elok-elok, ‘Jangan hina abang depan Khadijah’. Tapi Aisyah buat lagi dan lagi.

Netizen juga beragapan punca pergaduhan mereka disebabkan berebut SD kad yang menyimpan segala bukti perhubungan Alif bersama isteri keduanya.

‘’Patutlah tak bagi check dashcam, lawak lah!

‘’Patutlah pukul bini bila nak check dashcam, rupanya ada rahsia di sebalik semua ni.

‘’Sanggup pukul bini sendiri sebab nak ambil kad SD dashcam kereta sebab takut kantoi.

https://www.tiktok.com/@your_ad33/video/7306881549545344274

Artikle Berkaitan :>

Aisyah Hijanah keadaan baik mohon doakan bayi dalam kandungan 

(Visited 475 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button