Berita

Tandatangan Sultan Kedah dipalsukan

ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah hari ini memaklumkan bahawa ia tidak pernah mengeluarkan sebarang watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja Warisan Kerabat DiRaja Kedah (Warisan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah III) kepada mana-mana individu.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Paduka Ammar Shaikh Mahmood Naim berkata kerajaan negeri telah menerima aduan daripada orang awam bahawa terdapat dokumen berbentuk watikah yang turut tertera tandatangan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

“Aduan yang diterima menyatakan bahawa watikah yang diberikan kepada beberapa individu itu mempunyai tandatangan Sultan Kedah. Kerajaan negeri tidak pernah mengetahui atau mengiktiraf Warisan Kerabat DiRaja Kedah berkenaan.

“Jadi, tandatangan Sultan Kedah yang terdapat di dalam watikah itu bukan tandatangan sebenar Tuanku Sultan dan logo peribadi dan cop mohor yang digunakan juga adalah tidak benar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ammar berkata satu laporan polis juga telah dibuat berhubung kes ini.

— BERNAMA

(Visited 146 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button