Ekonomipilihan

Tanah terbiar berkeluasan 800 ekar dimanfaatkan bagi penghasilan makanan

Kerajaan berhasrat untuk memanfaatkan tanah-tanah terbiar milik FELDA, FELCRA dan RISDA dan agensi di bawah MAFI dengan keluasan sehingga 800 ekar untuk tanaman makanan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, bagi meningkatkan tahap kemandirian pengeluaran (SSL) di samping menggalakkan penggunaan teknologi dalam sektor pertanian terdapat beberapa inisiatif akan dilaksanakan.

“Pertama, Skim Pembiayaan Agrofood BNM pada kadar 3.5 peratus untuk pengusaha agromakanan meningkatkan produktiviti pengeluaran disediakan dana 1 bilion ringgit.

“Kedua, program pelaburan Agrovest oleh Agrobank antaranya bagi menyediakan dana permulaan kepada syarikat pemula pertanian berteknologi moden dengan dana 250 juta ringgit,” katanya.

Tengku Zafrul berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2023 di Dewan Negara, hari ini.

Dalam masa, pelaburan 200 juta ringgit oleh Khazanah di bawah Dana Impak dengan fokus untuk meningkatkan pendapatan dan produktiviti pekebun kecil akan diperhalusi.

“Program Digital AgTech di bawah MDEC akan diperluas ke 264 Pertubuhan Peladang Kawasan di seluruh negara dengan peruntukan 20 juta ringgit bagi melatih lebihramai pekebun kecil beradaptasi dengan teknologi digital.

“Selain itu, Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia yang dirancang turut memberi fokus kepada galakan tanaman makanan rendah SSL seperti cili, halia dan kobis dalam kalangan isi rumah terpilih,” katanya.

(Visited 310 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button