Bencana alamNasionalTravel

Tanah runtuh di laluan menuju Cameron Highlands

AKIBAT hujan lebat semalam, tanah berlaku di Jalan Simpang Pulai-Blue Valley menuju ke Cameron Highlands. Kejadian tanah runtuh di laluan FT185 Seksyen 45 berlaku sekitar pukul 11.25 malam mengakibatkan kedua-dua arah jalan terhalang.

Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, setakat ini, tiada kerosakan melibatkan pengguna jalan raya.

TANAH runtuh di Jalan Simpang Pulai-Blue Valley menuju ke Cameron Highlands. – GAMBAR FACEBOOK

Menurut beliau, siasatan awal mendapati, jumlah aliran air permukaan yang tinggi akibat hujan lebat menyebabkan sisa tanah runtuh ke bahagian jalan.

“Runtuhan menyebabkan jalan tidak dapat dilalui oleh kenderaan. Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan, cerun sedia ada dalam proses pembaikan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kerja pembersihan telah pun dilaksanakan di lokasi kejadian sebaik laporan kes itu diterima.

“Sekitar pukul 1.34 pagi tadi, satu lorong telah dibersihkan dan dibuka untuk laluan kenderaan,” katanya. – SM

BACA Hampir semua Cameron Highlands tiada elektrik

(Visited 83 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button