JenayahNasional

Bengkel besi dan kayu jadi tempat jual beli dadah

TAKTIK menggunakan bengkel besi dan kayu sebagai tempat “jual beli” akhirnya terbongkar. Ini berikutan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kangar telah menjalankan serbuan ke atas bengkel berkenaan.

Ketua Polis Kangar, Asisten Komisioner, Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, serbuan ke atas bengkel tersebut yang terletak di Jalan Raja Syed Alwi, Batu 1, Kangar itu telah dijalankan pada pukul 2 petang semalam.

“Ia juga membawa kepada penangkapan dua suspek yang masing-masing berumur berumur 41 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini

Yusharifuddin berkata, pihaknya juga telah merampas dadah yang disyaki ganja dengan anggaran berat 236.88 gram bernilai RM630.

Beliau berkata, dari hasil siasatan pihaknya mendapati kedua suspek ini bekerja di bengkel tersebut.


“Bengkel ini telah dijadikan sebagai tempat jual beli dadah kepada penagih tempatan bagi mendapatkan bekalan,” katanya.

Beliau berkata, hasil semakan pihaknya juga mendapati salah seorang suspek mempunyai empat rekod lampau berkaitan dadah.

Tambah beliau, hasil ujian saringan air kencing kedua suspek juga positif Methamphetamine dan  ganja.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mandatori iaitu gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan,” katanya.

Katanya lagi, kedua suspek telah ditahan reman selama tujuh hari mulai semalam.

Sementara itu Yusharifuddin berkata, 496 orang telah ditahan kerana terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di daerah Kangar dari Januari hingga Mei lalu.

Beliau berkata, daripada jumlah ini, 100 ditahan kerana dibawah ketegori bekalan iaitu Seksyen 39B ADB1952; Seksyen 39A(2) ADB1952 dan Seksyen 39A(1) ADB1952.

“Kita juga telah mengambil tindakan ke atas 17 individu yang mempunyai rekod kesalahan dadah yang berulang di bawah Seksyen 39C(1) ADB1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara lima tahun dan sebatan,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga telah merampas ganja sebanyak 270,683 gram, heroin (1,445.23 gram), syabu (604.72 gram) dan lain-lain dadah jenis Eramin-5 dan pil kuda dari Januari hingga Mei lalu. – SM

(Visited 93 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button