Rencah Hidup

Hampir semua Cameron Highlands tiada elektrik

BERGELAP! Sejak tengah hari tadi, sebahagian besar Cameron Highlands dilaporkan mengalami gangguan bekalan elektrik.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam catatan di Facebook akaunnya memaklumkan, gangguan itu berpunca daripada pencawang masuk utama Bintang.

“Pasukan teknikal kami sedang berada di lokasi untuk melakukan kerja-kerja membaik pulih bekalan elektrik,” menurut TNB.

Seorang pengguna Twitter, Abu Atah yang baru tiba di pusat peranginan itu turut berkongsi keadaan sama.

“Baru sampai Cameron Highlands, tiada elektrik satu Cameron, YB Datuk Timbalan Speaker?” tulisnya merujuk kepada Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor yang juga timbalan speaker Dewan Rakyat. – SM

BACA Seronoknya bercuti ke Cameron Highlands

(Visited 239 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button