fbpx
EkonomiPolitik

Tan Sri Halim Saad, kroni Tun Daim hendak beli PLUS?

single-image

Memetik sumber daripada The Edge, seorang ahli perniagaan bernama Tan Sri Halim Saad dan rakan niaga beliau, Datuk Wong Gian Kui telah meningkatkan tawaran lebih daripada 30% berbanding tawaran asal mereka iaitu RM5.2 bilion untuk membeli pegangan 51% yang dimiliki Khazanah Nasional di dalam PLUS.

Dengan tawaran seperti itu, Tan Sri Halim dilihat menawarkan tawaran yang jauh mendahului pesaing-pesaing yang lain.

Tetapi pastinya, ramai yang tertanya-tanya siapa Tan Sri Halim Saad ini?

Tan Sri Halim Saad ini digelar sebagai “anak didik” atau kroni kepada Tun Daim Zainuddin.

Beliau pernah bersama-sama Daim ketika di Peremba, yang ketika itu Daim sebagai Pengerusi. Kemudian, Halim Saad telah dengan pertolongan Daim, memegang UEM Berhad yang pada waktu itu diberi tender lebuh raya utara selatan daripada Johor Bahru sehingga ke Bukit Kayu Hitam Kedah.


Halim Saad kemudiannya telah mengkosolidasi (mengabungkan) semua anak syarikat UEM di bawah Renong Bhd yang mana beliau sebagai Pengerusi Eksekutif dan pemilik majoriti Renong Berhad.

Namun, akibat krisis ekonomi 1998, saham UEM Bhd dan Renong Bhd telah merudum teruk sehingga pada 2001, kerajaan Malaysia terpaksa ambil alih dan menyelamatkan UEM Berhad dan Renong Bhd.

Di dalam satu kes Fawziah Holdings vs Metramac Corporation, Hakim ketika itu Gopal Sri Ram menyatakan berlakunya “penyelewangan wang” dalam Metramac (anak syarikat Renong Bhd)yang melibatkan Halim Saad dan Daim Zainuddin walaupun dinafikan keduanya-duanya.

Hubungan Halim Saad, Daim Zainuddin dan  Tun Dr Mahathir Mohamad bukan lagi rahsia kerana Halim dan Daim yang banyak membantu UMNO dan Mahathir suatu ketika dahulu melalui keuntungan perniagaan mereka.

Kini, tahun 2019, Halim Saad kembali untuk menguasai PLUS plus, kali ini dengan rakan kongsi baru.

Cukup-cukuplah kroni Daim dan Dr Mahathir ini nak menganggu gugat pegangan saham GLC seperti  Khazanah setelah gagal dengan Renong Bhd dan UEM Berhad pada 1998.

Sebagai rakyat, kita tidak boleh benarkan Kerajaan membenarkan perjualan PLUS kepada Halim Saad kerana kita tidak mahu sejarah silam berulang kembali.

Rakyat mesti menentang kronisme ini secara habis-habisan.

Artike ini dipetik dari Johorpress.

Show More

Related Articles

Back to top button