Nasionalpilihan

APMM tahan kapal dari Cameroon kerana bersauh tanpa kebenaran

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan menahan sebuah kapal yang berdaftar di Limbe, Cameroon selepas didapati bersauh tanpa kebenaran, pagi semalam.

Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Kapten Maritim Mohd Khairi Abd Aziz berkata, kesalahan itu dikesan pada kedudukan 7.5 batu nautika barat daya Tanjung Dahan hasil pengesanan Sistem Pengawasan Laut (SWASLA).

Menurutnya, sejurus dikesan sepasukan anggota Bot Ronda Maritim Malaysia yang sedang membuat rondaan Op Murni/Op Tiris Fasa 2.0 di sekitar perairan negeri telah digerakkan ke lokasi tersebut.

“Hasil pemeriksaan, kapal itu dikendalikan oleh seorang nakhoda dibantu enam kru yang terdiri daripada warga Iran berusia dalam lingkungan 37 hingga 70 tahun.

“Kapal ini yang dalam pelayaran dari Jepun ke Dubai didapati melakukan kesalahan kerana berlabuh tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia dan tidak mempunyai dokumen insuran kapal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Khairi berkata, Kapten kapal kemudiannya telah dibawa ke pejabat Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan bagi membantu siasatan.

Katanya, mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 iaitu berlabuh tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia dan tidak mempunyai dokumen insuran kapal.

Ujarnya, untuk hukuman belabuh tanpa kebenaran jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melibihi RM 100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duannya sekali.

Jelasnya, Maritim Malaysia sentiasa peka dan serius melaksanakan pemantauan operasi dan penguatkuasaan undang-undang agar perairan negara selamat daripada sebarang aktiviti yang menggugat keselamatan negara.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kapal yang mencurigakan boleh menyalurkan sebarang maklumat salah laku di laut ke Pusat Operasi Maritim Melaka dan Negeri Sembilan di talian 06-3876730 dan MERS 999 yang beroperasi secara 24 jam. – SM

 

(Visited 61 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button