Nasional

PRN Melaka: Tunggu dan lihat ‘performance’ Dira Abu Zahar

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka menampilkan selebriti yang terjun ke dunia politik, Datuk Khaidhirah Abu Zahar atau Dira.

Beliau merupakan calon muka baharu dalam DUN Rim dan pastinya ramai yang tunggu dan lihat performance Dira Abu Zahar ini.

Mengakui berdepan dengan cabaran sebagai calon wanita muda, Dira berkata, beliau tetap mahu memastikan isu pembangunan dalam pendidikan rakyat menjadi keutamaan, dibawanya sebagai ‘modal’ meraih undi.

Beliau juga yakin pembangunan pendidikan, jaringan penyampaian maklumat dan perkhidmatan akan diberi tumpuan sepenuhnya sekiranya menang sebagai calon.

Bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN), beliau menyifatkan dirinya bertuah dan dalam masa yang sama, satu cabaran baginya untuk mengekalkan reputasi terbaik BN di DUN Rim.


“Menjadi calon wanita muda juga adalah satu cabaran dan saya memberi tumpuan sepenuhnya kepada penduduk di DUN Rim ini,” katanya kepada portal berita Melaka Hari Ini.

Sebagai calon muka baharu, Dira berkata, beliau berbesar hati mendapat kerjasama daripada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Ghazale Muhamad bagi meneruskan khidmat terbaik kepada penduduk.

“Saya rasa bertuah dicalonkan di DUN Rim. Ini kampung keluarga emak saya dan sebahagian keluarga saya memang ada di sini.

“Tiada masalah setakat ini dengan kerjasama yang diberikan kepada saya dan terima kasih kepada Ghazale kerana memberi dorongan untuk membantu.

“Sebagai calon baharu saya diberi mandat untuk meneruskan legasi dan khidmatnya. Beliau tidak terima sebarang rungutan sebelum ini dan itu cabaran utama kepada saya untuk perfom sebaik mungkin,” ujar Dira.

Dira berkata beliau akan cuba sebaik mungkin untuk melaksanakan kerja-kerja Ghazale sebelum ini sekiranya diberikan mandat oleh para pengundi DUN Rim pada 20 November nanti. – SM

(Visited 52 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button