Nasionalpilihan

Shamsul Anuar Nasarah letak jawatan Menteri serta merta

Menteri Tegana dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah meletakkan jawatannya sebagai menteri berkuat kuasa serta merta.

Dr. Shamsul Anuar berkata, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira beberapa keputusan dan pendirian parti.

“Sebagai ahli UMNO yang patuh dan setia kepada parti, saya dengan ini meletak jawatan sebagai Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak dan kepada semua warga Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli.

“Tumpuan saya selepas ini ialah memberikan fokus kepada tugas sebagai Ahli Parlimen Lenggong dan membantu memperkuat parti dalam menghadapi situasi politik yang semakin mencabar,” katanya.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana diberikan peluang berkhidmat sebagai Menteri Tenaga Dan Sumber Asli dan kepemimpinan UMNO yang mencadangkan beliau sebagai Menteri Kerajaan Persekutuan. -SM

(Visited 293 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button