Kemalangan

Remaja maut motosikal terjunam ke dalam lubang sedang dibaiki

Sikap tidak bertanggungjawab menyebabkan seorang remaja maut manakala dua lagi mengalami kecederaan apabila tiga motosikal terhumban ke dalam sebuah lubang yang sedang dibaiki di Jalan Bukit Katil, Melaka di sini pagi tadi.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Haiqal Iman Mohd Shahruddin Abdul Qayyum, 20, dari Taman Saujana dua lagi yang mengalami kecederaan ialah :Chong Min Yang, 57, dari Bukit Beruang dan Mohd Zaim Bahrin, 37, dari Alor Gajah.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu tiga motosikal datang dari arah lampu isyarat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menghala ke lampu isyarat Hospital Pantai.

“Apabila tiba di lokasi kejadian kesemua mangsa telah masuk ke laluan yang telah ditutup dengan kon oleh syarikat kontraktor Tekad Waja Enterprise.

“Dipercayai kon tersebut telah dibuka oleh orang awam menyebabkan tiga mangsa yang menunggang motosikal tidak nampak kerja-kerja pembaikan lalu terbabas dan masuk ke dalam lubang kerja pembaikan sedang dijalankan,” ujarnya di sini hari ini.

Christopher berkata, akibat kemalangan itu Haiqal Iman Mohd Shahruddin menunggang motosikal jenis Honda C1004-MA meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, Chong yang bekerja sebagai penjual kotak luka di kaki kiri dan kanan manakala Mohd. Zaim bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Batu Berendam luka di kepala serta patah kaki kiri.

“Sewaktu kejadian permukaan jalan sedikit basah manakala pencahayaan ketika kejadian gelap berlampu namun tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian,” ujarnya.

Menurutnya, tiada saksi bebas tampil memberi keterangan lanjut berkait kejadian tersebut dan siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengetahui punca kemalangan.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Forensik Hospital Melaka dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987. – SM

 

(Visited 104 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button