KemalanganNasional

3 rakan maut tak sempat sambut hari kelahiran

HASRAT lima sekawan meraikan ulang tahun kelahiran bertukar tragedi apabila tiga daripadanya maut dan dua lagi parah selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori tangki di Kilometer 7, Jalan Maharajalela-Teluk Intan, malam tadi.

S Srinivasa Rao, 19, maut di tempat kejadian manakala M Phooveandra, 26, dan KC Thinakaran, 19, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Teluk Intan.

Dua lagi rakan mereka cedera parah dalam kejadian sekitar pukul 9.30 malam itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Ahmad Adnan Basri, semua mangsa dalam perjalanan dari arah Hutan Melintang menuju ke Teluk Intan bagi menyambut ulang tahun kelahiran Thinakaran.

Bagaimanapun, katanya, kereta dinaiki lima pemuda itu hilang kawalan dan terbabas memasuki laluan bertentangan.

“Keadaan itu mengakibatkan lori tangki yang dipandu lelaki berusia 48 tahun itu tidak sempat mengelak dan berlanggar,” katanya.

Akibat pelanggaran itu, katanya, tiga penumpang kereta berusia 19 tahun dan 26 tahun itu meninggal dunia, manakala pemandu kereta berusia 26 tahun dan seorang lagi penumpang kereta berusia 19 tahun parah.

Katanya, pemandu lori itu tidak cedera dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – SM

(Visited 372 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button