Politik

PRN: Jentera dan Bilik Gerakan Utama Selangor dilancar serentak

BUNYI laungan Perpaduan yang terus bergema di seluruh Selangor semalam umpama Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Selangor, kemenangan milik mereka, Pakatan Harapan (PH).

Oh! Ia adalah laungan Perpaduan pada pelancaran jentera dan Bilik Gerakan Utama yang diadakan serentak di seluruh Selangor.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Sahari menerusi ciapan Twitter memaklumkan bahawa beliau hadir ke DUN Bukit Antarabangsa bagi merasmikan Bilik Gerakan Utama dan jentera.

“Syabas pasukan DUN Bukit Antarabangsa kerana belum mula perang, pengkhianat mandat rakyat Bukit Antarabangsa bakal cabut lari.

“Dia tahu rakyat Bukit Antarabangsa bakal hukum pengkhianat ini seperti pengundi buat Gombak semasa PRU15,” ciap Amirudin yang tentunya merujuk kepada Datuk Seri Azmin Ali dan orang kuatnya yang mana Azmin tidak bertanding di pada PRN ini.

BACA Awal sangat Azmin Ali kehabisan ‘peluru’ politik

Kata Amirudin lagi, seterusnya, beliau ke DUN Sungai Tua.

“Saya amat gembira kerana kebersamaan semangat jentera Perpaduan di Sungai Tua amat teguh dan utuh.

“Ayuh semua pasukan Perpaduan, kita serahkan jiwa dan raga kita bagi memastikan Selangor terus kekal stabil, makmur dan berjaya di bawah Perpaduan. Tolak agen pengkhianat, perpecahan dan penipuan,” katanya penuh bersemangat. – SM

BACA PRN: Amirudin bersedia berdepan Azmin Ali

BACA MB Selangor harap salah faham ditimbulkan isterinya selesai

(Visited 143 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button