Banjir

Banjir landa Melaka Tengah, tiada PPS dibuka

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 6 Mei – Tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Melaka Tengah walaupun 10 kawasan dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat berlaku sejak awal pagi tadi di negeri ini hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Melaka Tengah, Kapten (PA) Awang Bohari Awang Ahet berkata, sebanyak 10 kawasan terjejas ialah Kampung Telok, Kampung Pulau Kelapa, Kampung Sungai Putat, Bukit Cina, Taman Peringgit Ria, Batu Hampar, kawasan Ayer Keroh, Kampung Pengkalan Rama Pantai, Kampung Mata Kuching dan Taman Melawis.

Kampung Telok ditenggelami banjir.

Menurutnya, selain PPS tidak dibuka, tiada jalan utama ditutup akibat banjir yang melanda di kawasan tersebut.

“Pemantauan masih dilakukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) secara berterusan jika hujan melanda lagi,” katanya.

Awang Bohari berkata, hujan lebat sejak pukul 7.00 pagi menyebabkan limpahan air sungai melanda beberapa kawasan rendah didiami penduduk.

Beliau berkata, laluan utama di Batu Hampar ditutup sementara pada jam 8 pagi tadi berikutan air naik
di atas jalan raya.

Ujarnya, setakat ini banjir sudah mula surut di semua kawasan terlibat.

Sementara itu, operasi Melaka River Cruise dihentikan buat sementara waktu ekoran hujan lebat sejak awal pagi tadi.

Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) dalam satu kenyataan memaklumkan tindakan itu dilakukan susukan paras air naik mendadak dan arus deras di Sungai Melaka pada ketika ini.

Menurut kenyataan itu, operasi Melaka River Cruise akan disambung semula selepas keadaan kembali pulih.

 

(Visited 266 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button