BanjirNasional

Teknologi retort perlu diperluaskan untuk mangsa banjir di Sabah

TEKNOLOGI makanan retort atau ‘ready to eat’ dalam bahasa mudahnya perlu diperluaskan untuk mangsa banjir di Sabah dari semasa ke semasa.

Ujar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, beliau juga akan bawa perkara itu untuk berbincang di peringkat atasan.

“Penggunaan makanan retort adalah langkah alternatif kepada penyediaan makanan secara konvensional untuk para mangsa yang baru tiba di Pusat Penempatan Sementara (PPS).

“Pendekatan ini amat bersesuaian untuk memastikan makanan dapat disediakan dengan segera kepada para mangsa yang baru tiba, selain menjamin kualiti makanan dari aspek kebersihan, keselamatan dan khasiat.

“Saya mendapat maklum balas positif daripada para mangsa berhubung pembekalan makan retort,” katanya dalam satu kenyataan setelah menziarah mangsa banjir di beberapa PPS.

Mengambil kira pelaksanaan masih dalam peringkat rintis, penyediaan makanan retort itu masih terhad dan belum meliputi semua PPS.

“Atas sebab itu, kita masih menerima beberapa aduan kelewatan penyediaan makanan untuk mangsa
yang baru sampai di sesetengah tempat.

“Saya melihat wujud keperluan agar penggunaan makanan retort sebagai makanan kali pertama untuk mangsa yang baru tiba di PPS wajar diperluaskan di Sabah,” katanya.

Disebabkan itu, Armizan berpendapat negeri penyediaan makanan retort sebenarnya telah banyak membantu mangsa banjir dalam waktu yang sukar.

“Saya juga difahamkan bekalan makanan retort dalam program rintis di Sabah ini diperolehi dari Semenanjung Malaysia.

“Sewajarnya usaha dirintis supaya bekalan dapat diperolehi secara domestik di negeri Sabah sendiri untuk memastikan stok boleh didapati pada bila-bila masa yang diperlukan tanpa kekangan logistik udara atau laut,” katanya.

Dalam kenyataan itu, Armizan turut memaklumkan daerah Kota Marudu di Sabah adalah kawasan yang paling teruk dilanda banjir dengan merekodkan sebanyak 7,358 mangsa daripada 2,553 keluarga yang ditempatkan di 12 PPS.

“Tinjauan lapangan berkaitan pengurusan bencana banjir amat penting bagi kita mengenal pasti langkah penambahbaikan yang boleh dilaksanakan oleh agensi yang bertanggungjawab.

“Secara keseluruhannya, pengurusan bencana banjir di daerah Kota Marudu berjalan dengan baik dengan kerjasama rapat semua agensi berkaitan di peringkat persekutuan dan negeri,” katanya. – SM

(Visited 186 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button