BanjirBencana alamNasionalRibut

6 negeri dijangka banjir kilat dalam tempoh 24 jam

JOHOR, Pahang, Perak, Selangor, Terengganu dan Sabah dijangka dilanda banjir kilat dalam tempoh 24 jam sekiranya berlaku hujan lebat atau ribut petir.

Demikiat menurut Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Berdasarkan notis yang dikeluarkan pagi tadi, kawasan terlibat di Johor termasuk daerah Kota Tinggi sekitar Sedili Kechil dan ulu Sungai Sedili Besar, Muar (Bandar, Bandar Maharani dan Jalan Bakri) serta Mersing (Bandar Padang Endau).

Di Pahang pula, tiga daerah iaitu Kuantan sekitar Bandar Kuantan, Hulu Kuantan, Kuala Kuantan, Pulau Manis dan Sungai Karang, Maran (Pekan) serta Pekan (Bebar, Pekan dan Langgar) dijangka banjir kilat dan ribut petir.

Sementara itu, di Perak, dua daerah dan kawasan sekitar yang dijangka terjejas ialah Bagan Datuk (Pekan Simpang Empat) dan Hilir Perak (Durian Sebatang) manakala di Selangor, membabitkan Klang.

Bagi Terengganu pula, kawasan diramal terjejas termasuk Marang (Bukit Payung) dan Kuala Terengganu (Batu Buruk, Chendering dan Kuala Terengganu).

Di Sabah, Tuaran (Kampung Berungis dan Pekan Tenghilan) diramalkan terlibat sama.

Notis kesiapsiagaan dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutama yang tinggal di kawasan berisiko supaya berwaspada dengan kemungkinan berlaku banjir kilat dalam tempoh 24 jam.

Orang ramai dinasihatkan agar mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir dan melayari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my atau Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk mendapatkan maklumat lanjut dari semasa ke semasa. – SM

(Visited 474 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button