Ekonomi

Eskayvie labur RM52juta melalui teknologi paten CIGF dengan kerjasama Cell Tissue Technology

ESKAYVIE Sdn Bhd, peneraju produk kesihatan halal nombor satu di Malaysia dengan kerjasama Cell Tissue Technology Sdn Bhd mengumumkan kerjasama strategik serta eksklusif untuk penyelidikan bersama dalam bidang kecantikan dan kesihatan kulit di Ibu Pejabat MTDC Malaysian Technology Development Corporation.

Ia merupakan kerjasama ulung dalam industri kecantikan bertujuan untuk lebih memahami, mengenal pasti masalah berkaitan kulit serta memberi solusi terkini dalam membangunkan teknologi kecantikan Eskayvie.

Eskayvie labur RM52juta melalui teknologi paten CIGF dengan kerjasama Cell Tissue Technology

Kerjasama penyelidikan strategik ini menggabungkan pengetahuan saintifik mendalam Eskayvie mengenai kesihatan holistik serta kepakaran penyelidikan dan pembangunan Cell Tissue Technology Sdn Bhd untuk membangunkan teknologi sel stem berpaten iaitu Collagen Inducing Growth Factors (CIGF™).

Menerusi teknologi ini, ia dapat membantu meningkatkan faktor penumbuhan sel baru dan kolagen untuk kesihatan kulit seperti VEGF, TGFb1, PDGF dan IGF serta menggalakkan kesan regenerasi kulit untuk mengatasi kedutan, pigmentasi, jerawat dan jeragat serta membantu kesan mencerahkan, meningkatkan kelembapan di dalam kulit, perlindungan antioksidan dan kesan anti-penuaan. Malah, teknologi ini juga mampu memberi kesan pemulihan yang signifikan disebabkan oleh UVB.

Kolaborasi penyelidikan strategik antara Eskayvie dan Cell Tissue Technology bakal hasilkan penemuan terbaru mengenai kesihatan kulit yang lebih berkesan.

“Eskayvie telah memberikan sepenuh komitmen selama 15 tahun dalam penerokaan inovasi dan teknologi terkini kerana kami yakin dengan kelebihan sains, formulasi terbaik dan keberkesanan penyelidikan klinikal dapat membantu para wanita diluar sana. Kami juga sangat bersyukur atas kerjasama penyelidikan yang erat bersama pakar dalam teknologi kesihatan kulit iaitu Cell Tissue Technology,”

“Dengan kerjasama ini, Eskayvie akan menerajui era baru kesihatan kulit melalui teknologi paten CIGF™, membolehkan setiap individu di Malaysia mendapat produk yang berkualiti dan berkesan untuk semua golongan. Kami komited melabur RM 2 juta untuk memulakan penyelidikan bersama dengan rakan penyelidik kami dan memperuntukan sebanyak RM 50 juta secara keseluruhannya selama 3 tahun untuk memasarkan teknologi ini bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di pasaran luar negara.” kata Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, Ketua Pegawai Eksekutif, Eskayvie.

“Kerjasama antara Eskayvie dan Cell Tissue Technology menjanjikan inovasi kepada pengguna. Kami berharap menerusi kolaborasi penyelidikan strategik ini, kami dapat mengkaji dan menghasilkan penemuaan terbaru mengenai kesihatan kulit sekaligus membantu pengguna menjaga dan mengekalkan kesihatan kulit dengan lebih berkesan. Sasaran kami agar pembangunan teknologi CIGF™ ini memberi manfaatnya dapat disebarkan ke pasaran lebih besar” kata Dr Khairul Idzwan Baharin, Managing Director Cell Tissue Technology.

Eskayvie bakal melancarkan rangkaian produk menerusi teknologi paten CIGF™ di bawah jenama “Amarra”. Kerjasama ini dijangka akan membuka pintu kepada lebih banyak penemuan baru yang akan membawa industri kecantikan ke tahap yang lebih tinggi, selain dapat memberikan pengguna akses kepada produk-produk terkini yang berkesan dan selamat untuk kecantikan dan kesihatan kulit mereka. – SM

Artikel berkaitan > Eskayvie sasar 5,000 usahawan baru di Kelantan

(Visited 281 times, 4 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button