Ekonomi

KITAKERJA.MY pelawa sertai inisiatif pemadanan kerja untuk bantu B40

Kitakerja.my, menyeru supaya lebih ramai rakyat Malaysia membantu membina ekosistem pencari kerja dan majikan, dan pada masa sama, membantu pemulihan ekonomi.

Ia merupakan inisiatif sosial menumpukan kepada pemadanan kerja bagi pencari kerja daripada kalangan berpendapatan Bawah 40 (“B40”) untuk majikan di negara ini.

Kitakerja.my merupakan ilham dua orang muda negara ini yang menyatukan sumber mereka bagi membantu sesama rakyat Malaysia di dalam kelompok B40 yang kehilangan pekerjaan.

Co-founder Mohd Nizam Abdul Rahim
Choong En Han

Pengasas bersama Kitakerja.my Choong En Han berkata, sejak 18 bulan lalu, seluruh negara kita tertumpu kepada dua angka iaitu kes baharu COVID-19 dan kadar kematian, tetapi ada satu lagi angka yang telah menyelinap keluar daripada kehidupan kita tanpa disedari ramai, iaitu kadar pengangguran di negara ini.

“Kami memulakan kitakerja.my bagi memberikan rakyat Malaysia yang menganggur, terutama golongan B40 sebuah platform dimana mereka boleh membuat pemadanan kerja yang ditawarkan oleh majikan.

Pekerjaan semakin sukar sekarang disebabkan perintah kawalan pergerakan yang telah kita alami sejak Mac 2020. Bersama dengan majikan dan pencari kerja, kita boleh saling membantu dan membantu pemulihan dan kemajuan ekonomi, dengan penawaran satu demi satu pekerjaan,’’ Choong dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini.

Menurut Jabatan Perangkaan dalam lapaoran Jun lalu, ketika ini terdapat lebih daripada 770,000 rakyat Malaysia yang menganggur.

Malah bekas Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan dilaporkan berkata, kira-kira 100,000 rakyat Malaysia kehilangan kerja pada 2020 disebabkan pandemik.

Mengulas lanjut Choong berkata, pihaknya memulakan kitakerja.my untuk menyediakan platform terutama bagi golongan B40 yang menganggur, dimana mereka boleh membuat pemadanan kerja yang ditawarkan oleh majikan.

“Pekerjaan semakin sukar sekarang disebabkan perintah kawalan pergerakan yang telah kita alami sejak Mac 2020. Bersama dengan majikan dan pencari kerja, kita boleh saling membantu dan membantu pemulihan dan kemajuan ekonomi, dengan penawaran satu demi satu pekerjaan,’’ jelasnya.

Sementara itu, rakan pengasas bersama Mohd. Nizam Abdul Rahim berkata, dengan sumber yang terhad pihaknya benar-benar memerlukan bantuan rakyat Malaysia yang mempunyai kemahiran untuk membantu membina, mempromosi dan membangunkan inisiatif ini. Pada masa ini, kitakerja.my memadankan pencari kerja dan majikan secara manual tetapi kami mencari rumusan untuk mengautomasikan proses tersebut.

“Kami mempelawa pakar teknologi, jurulatih dan rakyat Malaysia secara umumnya, untuk menjadi sebahagian daripada gerakan ini. Jika anda mempunyai kemahiran dan idea untuk menjadi kitakerja.my platform yang lebih baik bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, silakan hubungi kami. Sumbangan anda boleh memadai dengan hanya berkongsi laman web kami kitakerja.my atau mengutus mesej menerusi WhatsApp bagi memastikan lebih ramai orang tahu mengenainya.’’ ujarnya.

Selain memadankan pekerjaan bagi pencari kerja B40, kitakerja.my juga merancang untuk menjadikan mereka lebih berpotensi untuk mendapat kerja menerusi program latihan dan pembangunan di mana kemahiran vokasional bakal diberi penekanan.

Kitakerja.my merupakan inisiatif sosial dan pembinaan negara oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia. Kitakerja.my akan menjadi perusahaan sosial sebaik sahaja semua prasarana disiapkan. Choong dan Nizam adalah terbuka untuk membincangkan kemungkinan yang boleh membantu menaikkan kemahiran atau memahirkan semula pencari kerja B40.

(Visited 216 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button