Belang Bertempat

UMNO dan Pas: Itek patah kaki, sakit mental ‘gila’

ADA pihak media dan kawan-kawan serta pensyarah universiti bertanya pada saya, apa pendapat Tok Him apabila Yang Berhormat (YB) Datuk Seri Haji Hadi Awang menuduh UMNO ibarat itek patah kaki. Saya jawab secara spontan dan serious seperti berikut:

Memang UMNO sedang mengalami berbagai masaalah setelah Barisan Nasional (BN) kalah di Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan pemimpin-pemimpinnya didakwa di Mahkamah atas tuduhan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram. Ini hakikat nya.

Maka hendak disebut ibarat itek patah kaki atau apa sahaja ungkapan, semuanya sesuai kerana UMNO memangnya bermasaalah. PAS juga ada masalah dengan kepimpinannya dan secara marathon mengunakan ISLAM sebagai modal politik.

Sudah lama PAS dilabel sebagai parti ‘ajaran sesat’. Ini kerana Islam diperalatkan mengikut keadaan semasa demi kepentingan pemimpin dan politik PAS.

Semua pihak menyangka darah orang UMNO ‘halal’, UMNO ‘kafir’ kerana mengekalkan ‘undang-undang kafir’, sembelihan orang UMNO haram dimakan dan dikahwinkan oleh  iman UMNO, tidak sah.

Dan ada yang menuduh UMNO ibarat ‘taik’ dan PAS ibarat ‘pengat pisang’. Mana boleh ‘taik’ dan ‘pengat pisang’ dicampur sekali.

Tetapi akhirnya ‘taik’ dan ‘pengat pisang’ dicampur. Oleh kerana beza sangat di antara ‘taik’ dan ‘pengat pisang’ itulah sebabnya tidak boleh bersama. Baunya semacam.

Memang benar UMNO patah kaki. Patah kaki boleh diurut atau zaman sains dan teknoloji, kaki palsu boleh dibuat. Asalkan boleh berjalan.

Tetapi kalau urut betul-betul dimanakah tempat yang patah, ikut nasihat tukang urut, mungkin ada harapan pulih.

PAS pula, benar  sudah lama ‘sakit mental’. Ambil contoh paling senang PAS kata (fatwa PAS), haram pilih orang kafir jadi pemimpin. Kemudian PAS juga kata, boleh pileh orang kafir jadi pemimpin (fatwa PAS).

PAS kata DAP jahat. Kemudian PAS kata UMNO lebih jahat dari DAP. Dulu bersama DAP Pakatan Rakyat (PR), berpeluklah Haji Hadi dengan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

Bantai UMNO kaw-kaw kemudian PAS bersama UMNO pula dalam Muafakat Nasional (MN). Kemudian tinggal MN, masuk Perikatan Nasional (PN) pula. Tidakkah ini pelik dan memeningkan? Pelik dan benar maka tidakkah ini ‘sakit mental’ atau sakit ‘gila’?

Apa pun, kata orang, dulang paku serpih. Inilah perangai mulut orang-orang politik Malaysia termasuk yang bergelar alim ulamak politik dan yang mengejar pangkat dan kebendaan tanpa had.

Yang mengamal matlamat menghalalkan cara.

Rakyat keliru sehingga menjulang jenis kaca dan melupakan permata. Yang di agung-agungkan pemimpin hipokrit dan pemimpin munafik. Yang ikhlas, jujur, bersih dan berintegriti dianggap sampah. Walahualam. – CATATAN KETUA PARTI PUTRA DATUK DR. IBRAHIM ALI – SM

(Visited 576 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button