Hiburan

Tidak semua ibu bapa mampu bayar majlis gradusi di hotel- Adrea Abdullah

PELAKON, Adrea Abdullah, mempersoalkan tindakan pihak sekolah menyambut hari graduasi yang diadakan di hotel bertaraf hotel lima bintang yang dianggap sebagai ‘trend’ terbaru.

Menerusi hantaran yang dimuat naik olehnya di TikTok, ‘trend’ tersebut tidak sepatutnya diamalkan oleh pihak sekolah kerana tidak semua ibu bapa mampu untuk membayar yang mencecah RM150-RM200 bagi seorang pelajar.

@adreaabdul

Tak masuk akal! Seriously tidak adil! Korang setuju atau tidak untuk sekolah rendah & menengah adakan graduation lunch or dinner di hotel 4,5 star dan kenekan bayaran 150-200 setiap pelajar! Gile lah! #kementerianpendidikanmalaysia #trending #tren #celotehadrea #karut #takmasukakal #tidakadil

♬ original sound – Adrea Abdul – Adrea Abdul

‘’ Eh apa ini? Kalau RM15 atau RM20 boleh terima lagi tapi RM150, RM200, itu untuk pelajar saja. Kalau ibu nak datang, kena tambah lagi RM150. Kalau dua-dua (ibu bapa) nak datang tambah lagi RM150.

“Jadi kalau anak RM200, ibu bapa dah RM300, dah RM500 tahu? Takkanlah bayar untuk anak saja, keluarga tak datang, nanti apa pula orang kata. Kenapa bapa tak datang? Kenapa mak tak datang? Kasihan budak ini,” luahnya.

Dalam pada itu, Adrea juga mempertikaikan tindakan guru besar yang memilih mengadakan majlis tersebut di hotel lima bintang seperti mahu menunjuk kemewahan sekolah berkenaan di media sosial.

‘’Boleh saya katakan perkara ini keputusannya dibuat oleh guru besar sekolah itu sendiri. Jadi, kenapa perlu buat di hotel lima bintang?

‘’Nak tunjuk yang sekolah kita ini ‘have-have’ dan bermegah-megah di media sosial ke?

Gambar contoh, graduasi sekolah di hotel

Dia juga memberi pandagan kepada pihak sekolah sepatutnya memikirkan keadaan ibu bapa pelajar bahawa tidak semua mampu mengluarkan wang sebanyak itu hanya untuk meraikan hari graduasi anak mereka.

‘’Yang pertama, fikir tak yang ibu ayah ini tak semuanya mampu, tak semuanya kerja bagus-bagus.

‘’Yang kedua, ada ibu bapa yang mempunyai anak ramai jadi komitmen mereka bertambah mana boleh macam itu saja nak keluarkan duit. Kalau anak dia ada lima orang macam mana?

‘’Ia sama sekali tidak masuk akal kerana bagi saya perkara ini seolah-olah menganiaya ibu ayah itu sendiri.

Adrea yang sebelum dihubungi oleh Harian Metro memaklumkan perkara ini juga sering terjadi kepada beberapa rakannya.

‘’Ada keluarga yang banyak hutang akibat Covid-19 sebelum ini. Ada juga yang anak ramai. Jadi, mana mereka nak bayar untuk benda yang nak kena bayar dengan harga ini?

‘’Beratus-ratus yang tak masuk akal, jadi keluhan yang sangat berat untuk ibu bapa. Macam-macam tekanan yang akan berlaku. Perkara ini tak wajar berlaku pun.

‘’Zaman kita belajar dulu, hanya buat di sekolah. Elok saja pun, ramai pelajar yang berjaya juga.

Pelakon yang popular dengan filem ‘Hantu Tok Mudim’ ini juga meminta agar perkara ini dapat dibincang dan dipertimbangkan semula bagi memastikan isu ini tidak berulang kembali.

Artikle Berkaitan :>

Banjir: Institusi pendidikan bawah KPM beroperasi seperti biasa

KPM komited tingkatkan kualiti, kesaksamaan, akses pendidikan untuk semua murid – Fadhlina

(Visited 65 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button