Ekonomi

Spiderman muncul dalam PUBG mobile

Permainan video PUBG MOBILE sememangnya cukup popular dalam kalangan peminat tempatan apabila mencetuskan fenomena luar biasa pada 2017.

Memiliki ramai pengikut daripada pelbagai peringkat usia PUBG MOBILE antara permainan video yang mesra pelanggan kerana boleh dimainkan di telefon bimbit.

Justeru, bagi menghargai sokongan peminat sempena sambutan Krismas  PUBG MOBILE bakal memberi ‘Airdrop’ (peralatan permainan) kepada peminat untuk memenangi  sehingga 100,000 UC dan pelbagai hadiah menarik!

Bertambah istimewa buat peminat PUBG MOBILE di seluruh Malaysia,  anda berpeluang untuk bertemu dengan watak-watak kegemaran dalam PUBG MOBILE  secara langsung di Sunway Pyramid, Selangor bermula pukul 5 petang sehingga 10 malam.

Aktiviti ini berlangsung selama tiga hari, iaitu pada 24, 25 dan 26 Disember 2021.


Peminat berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dengan hanya  bergambar bersama watak-watak PUBG MOBILE dan  memuat naik ke sosial media masing-masing seperti Facebook atau Instagram bersama tanda pagar seperti #WinnerWinnerHappyNewYear #PUBGMOBILE
#PUBGMXChristmas #PUBGMXNewYear #PUBGMXSpiderman.

Pemenang bertuah akan diumumkan menerusi laman rasmi PUBG MOBILE pada
Januari 2022 nanti.

Lebih menarik, watak adiwira terkenal dunia Spiderman turut membuat penampilan khas berikutan kerjasama filem Spiderman: No Way Home bersama PUBG Mobile.

Jenama makanan ringan Taokaenoi juga disediakan untuk anda merasai kesitimewaannya dan persembahan ‘Flash Mob’ akan diadakan pada 25 Disember di Sunway Pyramid.

Oleh demikian, jangan melepaskan peluang keemasan ini kerana anda berpeluang untuk bertemu dengan pencipta kandungan permainan video berkenaan dan pemain e-sukan PUBG MOBILE yang akan membuat penampilan semasa Flash Mob di Sunway Pyramid.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai acara tersebut, sila layari media sosial PUBG MOBILE  iaitu

● Facebook: PUBG MOBILE Malaysia
● Facebook: PUBG MOBILE Esports Malaysia
● YouTube: PUBG MOBILE Malaysia
● Instagram: @pubgmobilemyofficial

PUBG MOBILE  adalah sebuah permainan video berdasarkan permainan PLAYERUNKNOWN’S BATTLEGROUNDS.

Permainan video tersebut mencetuskan fenomena luar biasa dalam dunia permainan video pada 2017.

Seramai 100 pemain boleh menyertai permainan tersebut dengan berlawan di sebuah pulau terpencil.

Pemain harus mencari dan mendapatkan sendiri senjata, kenderaan dan bekalan serta harus menewaskan musuh menggunakan pelbagai taktik peperangan di zon permainan. -SM

(Visited 67 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button