Nasional

‘Ya, Pak Long tahu rakyat gelisah, sedih dan marah’

“Ya, Pak Long tahu rakyat gelisah, sedih dan marah.”

Itu kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Ismail Sabri Yaakob mengenai perasaan rakyat Malaysia ketika ini berikutan pertambahan kes Covid-19.

Ismail Sabri berkata, dia membaca semua komen dan ulasan yang ditulis oleh rakyat di Facebook, Twitter dan Instagram miliknya.

Membahasakan dirinya Pak Long, seperti yang digelar oleh rakyat kepadanya, menurut Ismail Sabri, dia sedang melakukan sedaya upaya untuk memastikan rakyat berada dalam keadaan selamat.

“Pak Long ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang memberi pandangan. Pak Long ambil pendapat kalian semua di sudut pandang yang positif dalam melaksanakan yang terbaik untuk kalian semua

“Pak Long sedar sejak akhir-akhir ini terdapat peningkatan jangkitan COVID-19 yang tinggi melibatkan penyebaran utama dari PATI iaitu Kluster Benteng di Sabah, dan melibatkan tahanan penjara iaitu Kluster Tembok, Kedah seperti mana diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan,” kata Ismail Sabri dalam satu coretan dalam Facebooknya sebentar tadi.

Katanya, selain tindakan yang diambil oleh kerajaan, beliau juga berharap rakyat akan turut bersama dengan meneruskan kawalan kendiri dengan menjaga penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan juga kerap mencuci tangan untuk mencegah jangkitan Covid-19.

Tegas beliau, selepas memerangi Covid-19 yang telah dilakukan sejak sekian lama tidak ada sebab untuk kerajaan mahupun rakyat berputus asa ketika ini.

“Musuh kita, COVID-19 ini tidak akan hilang selagi vaksin tidak ditemui. Kita hampir berjaya melandaikan lengkungan sebelum ini, tiada sebab untuk kita berputus asa hari ini.

“Jaga keselamatan kalian semua.. untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat kita,” kata Ismail Sabri.

Menurutnya, kerajaan telah buat keputusan untuk terus memperketatkan sempadan terutamanya Pantai Timur Sabah agar pendatang tanpa izin tidak mudah lolos untuk mengelakkan jangkitan kepada rakyat kita.

Selain itu kawalan, aset, dan anggota pertahanan juga di tambah untuk memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia.

Procedur operasi standard rentas daerah di Sabah juga dikeluarkan untuk memastikan penularan jangkitan dapat di kawal dengan sebaiknya.-SM

(Visited 283 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button