Politik

Siapa Guan Eng nak ajak bincang pengganti Maszlee?

CADANGAN Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng agar pengganti Dr. Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan dibincang dalam Mesyuarat PH terlebih dahulu dipersoalkan Pemerhati Politik, Dr. Kamarul Zaman Yusoff.

Kamarul Zaman berkata, mengikut Perkara 43 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan, menteri hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

“Jika pun pengganti Dr. Maszlee mahu dirundingkan, yang perlu dirunding oleh Perdana Menteri hanyalah sesama pemimpin Bersatu sahaja kerana jawatan Menteri Pendidikan adalah kuota Bersatu yang tidak memerlukan campur tangan parti-parti lain.

“Tidakkah Lim Guan Eng tahu bahawa cubaan beliau campur tangan dalam urusan lantikan penjawat daripada Bersatu ini boleh mengundang Bersatu untuk turut campur tangan dalam urusan lantikan penjawat daripada DAP yang seterusnya boleh menterburaikan PH?” kata Kamarul Zaman.

Bernama hari ini melaporkan Guan Eng berkata,  PH akan mengadakan perbincangan bersama bagi mencari pengganti kepada Maszlee yang telah meletak jawatan sebagai Menteri Pendidikan.

Guan Eng yang juga Menteri Kewangan berkata, adalah lebih baik perkara itu diadakan perbincangan terlebih dahulu kerana semua komponen parti dalam PH mempunyai pandangan masing-masing.

“Saya rasa lebih baik kita bincang bersama dalam Pakatan Harapan. Semua ada pandangan, biar kita bincang…itu lebih baik,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian menaik taraf Blok 826 Kuarters Kastam Bagan Jermal, hari ini.

Menurut Kamarul Zaman, campurtangan DAP dalam urusan Bersatu dalam pemilihan jawatan menteri pendidikan akan menyamai titik-tolak perpecahan kerjasama Pas dan UMNO dalam BN pada tahun 1977 yang bermula daripada campur tangan UMNO dalam urusan lantikan Menteri Besar Kelantan.

Kamarul Zaman berkata, Pas Kelantan pada waktu itu memilih Wan Ismail Ibrahim sebagai Menteri Besar namun UMNO kemudiannya mahu ADUN Tendong Datuk Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar dan terpaksa diterima dengan berat hati oleh PAS Kelantan.

“Ekoran ‘precedent‘ yang dibuat oleh UMNO inilah maka Pas Pusat, dalam mesyuarat khasnya pada 15 Januari 1976 telah mendesak supaya Tan Sri Ghazali Shafie dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas pemergian mengejut Tun Razak Hussein pada 14 Januari 1976.

“Bila UMNO menolak desakan PAS ini, dan tokoh lain dilantik oleh UMNO ke jawatan Timbalan Perdana Menteri, maka bermulalah masalah besar dalam kedudukan PAS sebagai parti komponen BN yang berakhir dengan terburainya kerjasama PAS dan UMNO pada 17 Disember 1977.

“Siapa Lim Guan Eng ini untuk men’dictate‘ Perdana Menteri? Atau apakah Lim Guan Eng juga mahu melihat PH terburai?” kata Kamarul Zaman.-SM

 

(Visited 239 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button