Nasional

Siapa gerangan lelaki misteri sanggup gunting Jalur Gemilang?

Polis mengesan seorang lelaki yang dilihat menggunting Jalur Gemilang dipasang tepi jalan berhampiran Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) di sini, selepas perbuatannya tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, polis belum menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Tiada laporan setakat ini. Tindakan mengesan individu yang melakukan perkara itu sedang dijalankan,” katanya.

Rakaman video berdurasi 38 saat yang dimuat naik di TikTok menunjukkan lelaki berbaju merah dan memakai topi itu memegang gunting dan merosakkan beberapa kain bendera.

Difahamkan, ada pengguna jalan raya yang melihat kejadian menegur perbuatannya namun dimarahi.

(Visited 201 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button