Ekonomi

Gading Kencana buat pertemuan dengan Suruhanjaya Tenaga

SYARIKAT penyedia perkhidmatan tenaga solar terbesar di Malaysia, Gading Kencana Development Sdn. Bhd. (Gading Kencana) telah mengadakan pertemuan tidak rasmi bersama Suruhanjaya Tenaga hari ini.

Pertemuan itu melibatkan Pengarah Urusan Kumpulan Gading Kencana, Datuk Ir. Guntor Tobeng dengan Pengerusi Suruhanjaya Tenaga, Datuk Azian Osman.

Difahamkan, pertemuan secara tidak rasmi itu diadakan di sebuah hotel di ibu negara hari ini.

Azian dilantik menjadi Pengerusi Suruhanjaya Tenaga pada 9 Mei lalu bagi menggantikan Datuk Ir Ahmad Fauzi Hassan yang bersara pada 31 Mac lalu.

BACA> Gading Kencana labur RM150 juta bina ladang solar ke-3 di Perak

Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam amalan guaman dan juga pengurusan syarikat.

Selain itu beliau juga adalah merupakan Ahli Lembaga Tatatertib dan Disiplin, Majlis Peguam Malaysia dari tahun 2002 hingga 2004 dan pernah berkhidmat sebagai Ahli Pihak Berkuasa Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) selama empat tahun.

Azian pernah menjadi Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad, Giatmara Malaysia dan juga Ahli Lembaga Amanah, Tekun Nasional selama empat tahun bermula pada tahun 2015 dan pernah memegang beberapa lagi jawatan. -SM

 

(Visited 411 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button