Ekonomi

Malaysia dan China bakal berkerjasama hasilkan produk daripada sawit

LEMBAGA Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan bekerjasama dengan syarikat milik kerajaan China untuk mengeluarkan produk berasaskan sawit di Malaysia dengan pelaburan sebanyak RM6 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara produk yang akan dikembangkan adalah seperti minyak sayuran rawatan hidro (HVO) dan bahan api penerbangan mampan (SAF).

“Pembinaan kilang HVO dan SAF pertama di Malaysia merupakan antara inisiatif untuk memacu sektor sawit Malaysia ke rah industri berteknologi tinggi.

“Usaha sama ini juga bakal menawarkan 1,000 peluang pekerjaan,” katanya semasa berucap merasmikan Ekspo dan Sidang Kemuncak Agrikomoditi Antarabangsa Malaysia (MIACES) 2022.

Mengulas lanjut tentang syarikat yang terlibat, dari Malaysia adalah Maritime Industries Sdn Bhd (Benalec) serta Sabah Oil and Gas Development Corparation (SOGDC),.

Manakala usaha sama syarikat dari China ialah Shanxi Construction Investment Group Co Ltd (SCIG) dan Istitute of Coal Chemistry.

Komitmen yang ditunjukkan Malaysia dan China sekali gus memberi isyarat bahawa walaupun pengeluaran minyak sawit jatuh ke tahap rendah akibat cuaca buruk namun sektor agrikomoditi tetap teguh.

Dalam MIACES 2022, ia memberi peluang untuk pemain industri mempromosikan produk dan teknologi berkaitan industri sawit, getah, kayu-kayan, koko, lada, dan kenaf di peringkat antarabangsa. – SM

Artikel berkaitan > FELCRA peruntuk RM3.5 juta perkasa industri santan sawit

(Visited 176 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button