Hiburanpilihan

Sharnaaz Ahmad ambil keputusan matang, minta maaf dengan Caprice

AKHIRNYA, selepas saling memerli antara satu sama lain, dua selebriti terkenal, Caprice dan Sharnaaz Ahmad memilik titik persamaan untuk saling bermaafan.

Sharnaaz sebelum itu telah membuat Caprice terasa selepas mengajuknya ketika melakukan live di akaun Instagram miliknya bersama dengan seorang lagi artis lain.

Terguris dengan apa yang dilakukan Sharnaaz, Caprice kemudian telah membalas dengan memerli pelakon tersebut dengan memanggilnya ‘sotong’, watak yang pernah dilakonkan dalam sebuah drama sebelum ini.

Perlian antara satu sama lain itu akhirnya membawa kepada saling cabar mencabar satu sama lain untuk bersemuka secara berhadapan dan bukannya sekadar di media sosial.

Namun, Sharnaaz kemudian telah mengambil keputusan setelah berfikir secara matang untuk memohon maaf kepada Caprice di atas apa yang berlaku.

Dalam satu video di Insta Story, Sharnaaz mengakui gurauannya terhadap penyanyi berkenaan agak keterlaluan dan memohon maaf kepadanya.

“Untuk kita pendekkan dari pagi semua pun tau aku ada isu sedikit bersama dengan Caprice. InsyaAllah aku dengan Caprice akan selesaikan ni secara elok di belakang.

“On aku punya personal side gurauan aku daripada awal, daripada dia di Jordan sampailah sekarang aku rasa mungkin agak keterlaluan. Aku as orang yang lebih matang, aku say appology untuk dia,” jelasnya.

Sebelum ini, isu antara kedua artis berkenaan timbul apabila terdapat satu video yang menunjukkan Sharnaaz telah meniru gaya percakapan Caprice.

Bagaimanapun, perbuatan berkenaan nyata kurang disenangi oleh Caprice sehingga memanggil Sharnaaz dengan panggilan sotong.

Sementara itu, Caprice menerusi menerusi posting di Instagram miliknya menyatakan dia telah menerima permohonan maaf berkenaan.

“Welcome to Damansara @sharnaazahmad pihak kita terima permohon maaf tersebut dan Caprice pon kalau lebih-lebih tadi apologize sebab kita pon tak lunch lagi.. lapar…

“InsyaAllah selepas quarantine caprice akan sampai @cilikampunghartamas dan minum sama2. Sincerely, the Tiger of AlQuds,” ujarnya. -SM

(Visited 468 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button