Hiburanpilihan

Kawan rapat tipu Andi Bernadee hingga rugi RM70,000

Penyanyi, Andi Bernadee membuat laporan polis terhadap seorang individu yang juga kawan rapatnya kerana didakwa pecah amanah membabitkan wang bernilai RM70,000.

Andi membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang,di sini sebentar tadi setelah mengumpulkan bukti yang cukup dan terbongkarnya kes itu.

“Saya mula mengenali ‘kawan’ itu semenjak tahun 2019 dan atas dasar kepercayaan, dia turut menguruskan perjalanan kerjaya saya ini.

“Kes ini melibatkan bayaran saya sebagai model baju melayu untuk kempen Hari Raya dan lakonan yg mana kedua-duanya melibatkan sejumlah hampir RM70,000.

“Ia terbongkar sekitar bulan Julai lalu, selepas saya sendiri menghubungi pihak syarikat terbabit.

“Selain melakukan pecah amanah, dia turut memanipulasi banyak pihak untuk mengambil wang saya itu.

“Hakikatnya saya tidak tahu menahu mengenali perkara itu dan belum mendapat sebarang bayaran biarpun kerja sudah selesai dibuat,” tegas Andi.

Penyanyi lagu Penat itu diwakili oleh Faizal Rahman bagi melaporkan kes pecah amanah itu.

“Saya tampil membuat laporan polis bagi mengambil tindakan undang-undang supaya perkara seperti ini tidak berlaku kepada rakan artis yang lain.

“Mungkin ada juga artis yang melalui perkara yang sama tetapi tidak tampil membuat laporan polis. Oleh itu, saya mengambil pendekatan agar rakan-rakan artis yg lain dapat mengambil langkah berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa seterusnya.

“Dengan tindakan melaporkan perbuatan pecah amanah ini, saya berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang terbabit,” ujar Andi. -SM

(Visited 511 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button