BeritaPolitik

Shafee ulas kes Najib

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, anak guamnya Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sedar terdapat perlakuan jenayah dalam kalangan orang yang dipercayainya.

Sehubungan itu Shafee berkata, beliau akan terus mewakili Najib hingga ke Mahkamah Persekutuan dan melampaui Pilihan Raya Umum ke-15.

Bekas perdana menteri, Najib Razak, diarah membela diri atas tujuh tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC).

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya mewujudkan prima facie bagi kes tersebut.

Menurut Mohd Nazlan, Najib memainkan peranan dalam pinjaman SRC daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) pada 2011.


Beliau juga mendapati bekas presiden UMNO itu menggunakan dana sebanyak RM42 juta daripada SRC untuk kepentingan sendiri.

Mengulas perkara itu Shafee berkata, ia berkaitan tentang melampau batas keraguan, walaupun sedikit.

Video dari twitter Melissa Goh

(Visited 16 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button