Politik

Tujuh senario kesusahan untuk memohon pengeluaran i-Sinar KWSP

KESUKARAN untuk memenuhi kriteria-kriteria ditetapkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memohon i-Sinar dikategorikan dalam tujuh senario berbeza.

Dapatan itu diperolehi Sekretariat Pemantau Isu KWSP-Pemuda UMNO berdasarkan penelitian dibuat terhadap kriteria yang ditetapkan dan maklumbalas rakyat Malaysia.

Tujuh senario itu didakwa situasi yang dihadapi rakyat Malaysia menggambarkan kesukaran mereka untuk memenuhi kriteria bagi kedua-dua kategori permohonan.

Ini kerana, kriteria yang dikemukakan KWSP adalah bertentangan tuntutan daripada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bagi menyokong kelulusan Belanjawan 2021 pada 26 November lalu.

“Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) telah menerima ratusan panggilan dan ribuan mesej aduan melalui Sekretariat Pemantau Masalah Rakyat Mengenai KWSP (Pemantau-Pemuda UMNO).

“Rata-rata menzahirkan rasa marah dan kecewa terhadap KWSP yang masih meletakkan pelbagai syarat bagi membenarkan pencarum mengeluarkan wang simpanan mereka di dalam Akaun 1 KWSP.”

Kata ketua sekretariat itu, Faridzul Azlan dalam satu kenyataan berhubung maklum balas yang diterimanya mengenai pengeluaran i-Sinar KWSP.

Dalam kenyataan tersebut, beliau menyenaraikan tujuh senario dihadapi rakyat Malaysia menyebabkan mereka berasakan tidak dapat memenuhi kriteria ditetapkan KWSP.

Pertama, pencarum yang mengalami pendapatan kurang daripada 30 peratus namun  pengurangan yang dialami itu adalah lebih rendah berbanding pencarum bergaji lebih tinggi.

Kedua pula, pekerja yang bergaji rendah seperti RM1,200 dan tidak munasabah untuk dipotong sehingga 30 peratus.

Ketiga, pekerja yang diberhentikan bermula November 2020 tidak memenuhi kriteria kerana carumannya terhenti setakat sebulan sahaja berbanding dua bulan ditetapkan.

Keempat, pencarum yang baharu mendapat pekerjaan pada November 2020 selepas diberhentikan sejak pandemik Koronavirus (Covid-19), mula mencarum pada gaji pertama juga tidak menepati kriteria tidak mencarum selama dua bulan ketika memohon.

Kelima, tempoh masa panjang perlu dilalui pemohon terutama kategori kedua yang dibenar memohon mulai 11 Januari dan kelulusan pula diberikan dalam tempoh tiga minggu, sementara pengeluaran pula bermula pada bulan berikutnya.

Situasi keenam pula, rakyat meminta pemohon yang mengeluarkan simpanan KWSP melalui i-Lestari sebelum ini diberi kelayakan secara automatik bagi program i-Sinar.

Ketujuh pula, kaedah pembayaran secara 1+6 adalah tidak memenuhi tuntutan one-off seperti dimaklumkan dalam syarat BN dalam Dewan Rakyat sebelum ini.

Oleh demikian, tujuh senario berkenaan dilihat kelompongan kriteria yang perlu diperbaiki dan sepatutnya dimansuhkan terus dan rakyat dibenarkan mengeluarkan wang mereka sendiri untuk menghadapi tekanan ekonomi.

Kata Faridzul lagi, kriteria yang dikemukakan itu adalah tidak munasabah dan menimbulkan kerenah birokrasi kepada pencarum yang mahu menggunakan wang mereka sendiri.

“Senario-senario ini adalah rangkuman daripada tiga cadangan utama Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bagi memperbaiki syarat-syarat pengeluaran caruman ini.

“Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah menyatakan cadangan seperti memansuhkan segala syarat yang tidak munasabah, mengurangkan karenah birokrasi dan memberikan pilihan untuk mengeluarkan caruman maksimum RM10,000 secara sekaligus.

“Justeru, Pemuda UMNO mahukan KWSP untuk berbesar hati dan membuka ruang seluas-luasnya untuk para pencarum mengeluarkan wang mereka sendiri demi kelangsungan kehidupan kini,” katanya.

Oleh demikian, beliau menambah, senario yang diperoleh menerusi aduan orang ramai itu akan diserahkan kepada pihak KWSP untuk dipertimbangkan.

“Pemuda UMNO akan terus menjadi penghubung suara rakyat dalam isu ini.

“Kerana simpanan kami yang berterusan sebelum ini, KWSP kekal unggul dan cemerlang sehingga hari ini,” ujarnya – SM

(Visited 1,414 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button