Nasional

Setahun dipilih menjadi Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura luah rasa hati

Sedar tak sedar, sudah setahun salah seorang wanita jelita yang berkredibiliti dalam dunia politik, Young Syefura Othman dipilih menjadi Ahli Parlimen Bentong.

Dalam tempoh setahun itu juga, jika mengikuti perkembangannya, Young Syefura atau mesra disapa sebagai Rara tidak pernah gagal memberi khidmat di Bentong, Pahang.

“Setahun yang lepas saya telah dipilih dan diberikan tanggungjawab oleh warga Bentong untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat Parlimen Bentong.

“Saya mengucapkan terima kasih diatas sokongan dan kerjasama semua pihak. Saya juga memohon maaf dalam tempoh satu tahun ini masih banyak kekurangan dari pihak saya,” katanya.

Rara berkata demikian dalam satu coretan di Facebook rasmi miliknya dan akan perbaiki serta cuba berkhidmat sebaik mungkin untuk warga Bentong.

“Jika ada sebarang aduan, maklum balas atau pandangan untuk menambaik #BentongKita, silalah hubungi HOTLINE kami di +60 17 901 5500.

“Kami amat menghargai teguran, idea atau pandangan dari anda semua. Terima kasih,” tulis Rara.

(Visited 56 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button