Rencah Hidup

Semua baik, kata Ebit Lew selepas 17 hari hilang

SELEPAS  menyepi selama 17 hari di media sosial dan seolah-olah hilang sehingga menimbulkan kegusaran ramai Ebit Lew muncul di Facebooknya hari ini.

Dalam satu hantaran Ebit yang berkongsi sekeping foto seolah-olah masih berada di Gaza, Palestin memohon orang ramai mendoakannya dan memaklumkan bahawa semuanya dalam keadaan baik.

“Doakan ya. Alhamudullilah semua dalam keadaan baik. Semoga menjadi asbab kebaikan,” kata Ebit ringkas.

Tidak sampai satu jam hantaran itu dia telah menerima lebih 70,000 reaksi daripada pengikutnya.

Rata-rata pengikut media sosial Ebit Lew melahirkan rasa lega dan bersyukur kerana pendakwah yang sering membantu masyarakat itu berada dalam keadaan baik.


“Akhirnya, baru sejam lepas saya mencari berita ustaz. Alhamdulillah,” kata Cikgu Bibi.

“Setiap hari saya tengok wall ustaz, tertunggu-tunggu khabar dari sana. Semoga Allah mudahkan, insya-Allah,” ujar Nazia Suhaimi.

“Allahu akbar. Alhamdulillah Semoga dipermudahkan segala urusan Ustaz Ebit Lew dan team. Insya-Allah,” doa Melati Arieff.

Alhamdulillah syukur. Semoga Ustaz Ebit Lew dikurniakan Allah kesihatan yang terbaik, dipanjangkan umur, diluaskan sumber rezeki halal dan sentiasa mendapat perlindungan serta keselamatan. Semoga UEL dan team selamat kembali semula ke Malaysia. Ramai yang lebih memerlukan kehadiran UEL di sini. Semua sayang UEL,” kata Shukor Buang.

Alhamdulilah teruskan usaha ustaz dan team. Semoga Allah permudahkan segala urusan di sana dan selamat kembali ke tanah air. Doa kami buat ustaz dan team. Amin,” kata Azianardawati Paiman.

Beberapa media sebelum ini melaporkan bahawa Ebit hilang selepas melaksanakan Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin timbul apabila akaun Facebook pendakwah itu didapati tidak lagi dikemas kini sejak 27 Mei lalu.

Rata-rata netizen Malaysia menitipkan doa buat beliau agar selamat dalam misi menghantar keperluan asas dan ubat-ubatan ke Palestin.

Ebit Liew berlepas ke Mesir pada 25 Mei 2021 menaiki penerbangan yang ditaja oleh Turkish Airlines.

Difahamkan, beliau bekerjasama dengan Egypt Red Crescent dan Palestin Red Crescent dalam misi tersebut.

Ebit Liew antaranya membeli barangan keperluan seperti ubat-ubatan untuk dihantar terus ke hospital di Gaza.-SM

 

 

 

(Visited 344 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button