NasionalTravel

Selesa menginap di Hotel Holiday Inn Sepang-Airport

253 bilik penginapan selesa, lengkap dengan kemudahan terkini

INDUSTRI hospitaliti dan perhotelan negara terus berkembang dengan IHG Hotels & Resorts, salah satu syarikat hotel terkemuka di dunia mengorak langkah dengan membuka cawangan ketiga Holiday Inn di Malaysia.

Terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Holiday Inn Sepang-Airport ini menyediakan 253 bilik penginapan yang selesa untuk tetamu hotel.

ANTARA 253 bilik tetamu yang ditawarkan di Hotel Holiday Inn Sepang-Airport.

Bukan sahaja mudah dan fleksibel untuk pengunjung perniagaan dan rekreasi, Holiday Inn Sepang-Airport ini lokasinya bolehlah dikatakan strategik iaitu terletak di kawasan Kota Warisan di Sepang.

Tetamu yang menginap di Holiday Inn Sepang-Airport ini hanya mengambil masa 15 minit sahaja pemanduan dari KLIA.

Ia menjadikan hotel ini sebagai pilihan ideal untuk penumpang transit, krew penerbangan, syarikat acara dan tetamu yang mencari akses mudah ke lapangan terbang dan kawasan sekitarnya termasuk yang mahu membeli belah di Mitsui Outlet Park KLIA dan menonton perlumbaan formula 1 di Litar Antarabangsa Sepang, jika ada acara.

253 bilik tetamu yang ada di Hotel Holiday Inn Sepang-Airport bukan indah khabar dari rupa sebaliknya bilik-bilik yang disedakan mempunyai ruang yang luas dan dilengkapi dengan baik seperti kemudahan line internet Wi-Fi berkelajuan tinggi.

STANDARD King, bilik penginapan yang selesa di Hotel Holiday Inn Sepang-Airport.

Jika tertinggal pengecas telefon, tetamu bilik tidak perlu gusar kerana ada disediakan kemudahan mengecas telefon pintar mudah alih.

Tidak akan rasa bosan jika anda menginap di bilik Hotel Holiday Inn Sepang-Airport kerana di dalam bilik, dilengkapi dengan televisyen atau TV pintar.

Tidur di atas tilam beralas bantal premium  yang empuk, segalanya ini disediakan untuk memastikan penginapan tetamu hotel selesa dan nyaman tidur malamnya.

Pengurus Besar Holiday Inn Sepang, Louis Chiew

Pengurus Besar Holiday Inn Sepang, Louis Chiew berkata, sebagai salah satu jenama hotel paling dikenali di seluruh dunia, Hotel Holiday Inn Sepang-Airport menawarkan pengalaman yang konsisten dan selesa.

“Kami yakin Hotel Holiday Inn Sepang-Airport yang sudah beroperasi baru-baru ini, akan menjadi pilihan popular berdasarkan lokasinya yang strategik,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, melalui pelbagai pengalaman penginapan yang ditawarkan, beliau yakin dapat memenuhi semua segmen pelancong perniagaan dan rekreasi dan sekaligus menjadikan Holiday Inn Sepang-Airport sebagai pilihan ideal bagi sesiapa sahaja yang ingin mencari “rumah di luar rumah”.

“Pelanggan atau tetamu penginap akan dijaga dengan baik dan kami akan menyambut mereka dengan perkhidmatan hospitaliti terbaik,” katanya.

Chiew berkata, kakitangan perhotelan bersedia menyambut pelanggan keluarga dengan program kegemaran yang disediakan iaitu Kids Stay and Eat Free.

FAMILY Room, dua kanak-kanak berusia 12 tahun kebawah menginap dengan ibu bapa, makan percuma di Hotel Holiday Inn Sepang-Airport.

“Dengan nilai yang luar biasa ini, dua orang kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah boleh menginap secara percuma apabila berkongsi bilik dengan ibu bapa mereka dan makan secara percuma,” jelasnya.

Tambah beliau, Hotel Holiday Inn Sepang-Airport, selain daripada menjadi tempat penginapan yang mudah untuk penumpang udara dan pengunjung, hotel ini turut menawarkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan bertaraf terkini yang direka untuk memenuhi semua keperluan tetamu.

“Ini termasuk adanya The Garden Cafe, pusat kecergasan beoperasi sepanjang hari, ruang santai di lobi dan Aero Lounge, ruang khas yang terletak di Tingkat 2 Hotel – kawasan untuk pelancong perniagaan dan kru kabin berehat.

“Bagi anda yang merancang untuk mengadakan acara, Holiday Inn Sepang-Airport turut menyediakan enam bilik mesyuarat dilengkapi dengan kemudahan sistem bunyi hingga panel LED serta sebuah Unity Ballroom atau Dewan Uniti yang mampu menampung sehingga 400 tetamu,” jelas beliau lagi.

Beliau berkata, hotel ini adalah tambahan terbaharu kepada lebih daripada 6,000 hotel dalam program loyalti, IHG One Rewards.

Untuk meraikan pembukaan Hotel Holiday Inn Sepang-Airport, tetamu boleh menikmati kadar bilik pembukaan eksklusif bermula dari hanya RM275+ setiap bilik untuk satu malam malam termasuk akses Wi-Fi percuma dan perkhidmatan bas percuma ke lapangan terbang, katanya.

“Tambah RM25+ lagi, setiap orang untuk menikmati sarapan di The Garden Café.

“Tempah sekarang sehingga 30 September 2023 ini untuk penginapan yang sebenarnya sudahpun ditawarkan sejak 14 Ogos lalu sehingga 31 Disember 2023,” ujar beliau.

Beliau berkata, nikmatilah diskaun sehingga 25% dari Kadar Fleksibel Terbaik dan tambahan 10% untuk ahli IHG One Rewards.

Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan, anda boleh layari http://www.holidayinn.com/SepangAirport, @holidayinnsepangairport di Instagram dan Facebook. – SM

(Visited 148 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button