Hiburan

Selepas setahun Sharnaaz bebas pertuduhan cederakan pegawal

Akhirnya selepas setahun turun naik mahkamah, pelakon kontroversi, Sharnaaz Ahmad, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan menumbuk seorang pengawal keselamatan di kondominium pada Jun tahun lalu.

Sharnaaz bersama peguamnya

Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim memutuskan demikian selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua belah pihak berhubung representasi yang dihantar selebriti itu.

“Setelah mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan mahkamah berpuas hati dan dengan ini memerintahkan supaya pertuduhan terhadap Orang Kena Saman (OKS) (Sharnaaz) dilepas dan dibebaskan (DNA) manakala wang jaminan dikembalikan,” kata Majistret Atiqah.

Sementara itu, Sharnaaz yang ditemui oleh para media selepas kes prosiding melahirkan rasa syukur dan gembira dengan keputusan pada hari ini.

“Alhamdulilah, walaupun mengambil masa panjang sedikit tetapi saya bersyukur, lega dan akhirnya saya seorang yang bebas.

“Walaupun ia soal remeh tapi ia melibatkan soal reputasi dan perjalanan karier saya,” katanya.

Pada 2 Mei lalu, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad mengemukakan representasi untuk menggugurkan pertuduhan menumbuk seorang pengawal keselamatan yang juga penghuni di sebuah kondominium.

Tahun lalu media melaporkan, seorang pelakon lelaki berusia 30-an direman selepas disyaki menumbuk dan menendang seorang penghuni kondominium di Segambut, di sini pada Jun tahun lalu.

Kejadian dipercayai berlaku selepas berlaku pertengkaran mulut antara mangsa dengan pengawal keselamatan sebelum pelakon terbabit datang secara tiba-tiba dan memukul mangsa.

Artikle Berkaitan :>

Sharnaaz Ahmad mengaku tidak bersalah cederakan pengawal keselamatan

(Visited 75 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button