Hiburan

Uyaina minta maaf guna lagu berbaur lucah di media sosial

PENGGUNAAN lagu latar dalam media sosial sekarang sudah menjadi sebahagian daripada cara untuk memuat naik status masing-masing.

Namun, disebalik lagu-lagu ‘trending’ yang menjadi pilihan pengguna, ada juga yang sebenarnya mempunyai maksud tidak bermoral tanpa disedari.

Terbaharu, pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad meminta maaf kerana memuat naik lagu latar yang mempunyai unsur lucah di akaun media sosialnya tanpa disedari.

Menurut Uyaini, lagu tersebut digunakan menerusi satu ‘posting’ untuk hadiah percuma berupa iPhone kepada pengikutnya.

“Saya gunakan lagu itu tanpa memahami lirik disebalik lagu tersebut. Pada mulanya, saya ingatkan bukan lagu berbahasa Inggeris sebab bunyinya sangat aneh.


“Mujur ada yang sempat memberitahu makna disebalik lirik lagu tersebut. Saya minta maaf kepada semua,” katanya.

Menurut Uyaini, dia berharap apa yang berlaku ini sebagai satu pengajaran buat semua termasuk dirinya sendiri. -SM

(Visited 82 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button