Nasional

Selepas Maszlee, Teoh Nie Ching juga perlu letak jawatan

TIDAK adil buat Maszlee Malik sahaja yang perlu memikul segala tanggungjawab di atas kegagalan Kementerian Pendidikan. Sedang timbalannya Teoh Nie Ching boleh lepas laku.

Peletakkan jawatan Teoh Nie Ching akan membuktikan bahawa parti DAP yang diwakilinya betul-betul mementingkan integriti.

Sebelum ini telah di tulis bahawa Maszlee akan kena kerat satu hari nanti. Akhirnya beliau dinasihatkan meletakkan jawatan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau meletakkan jawatan selepas pemimpin DAP Lim Kit Siang menyerangnya berhubung isu soalan peperiksaan di UniMAP yang berkaitan dengan pendakwah bebas Zakir Naik.

Maszlee memulakan kerjaya sebagai Menteri Pendidikan dengan membuat kenyataan yang menimbulkan kemarahan rakyat. Kenyataannya dipersenda kerana menukar kasut sekolah daripada putih kepada hitam bermula tahun ini.

Kerana naifnya beliau dengan politik dan pengurusan kementerian menyebabkan Maszlee menjadi punca kemarahan masyarakat dan turut menjadi bahan persendaan pihak pembangkang.

Selepas itu satu demi satu isu timbul termasuk terbaharu beliau memasang papan tanda yang mempunyai gambar sendiri dan gagal menangani isu soalan peperiksaan di UniMAP.

Penasihat media kepada Perdana Menteri, A Kadir Jasin menyelar beliau kerana tindakan memasang papan tanda itu sebagai gagal menghayati tugas sebenar kerajaan.

Kadir berkata kerajaan adalah soal program dan rakyat, dan bukannya tentang memuja pemimpin.

Persoalannya apakah semua kesalahan itu harus diletakkan sepenuhnya di bahu Maszlee semata-mata, bagaimana pula dengan peranan Timbalan Menteri dan Ketua Pengarah Pendidikan.

Oleh itu Teoh Nie Ching juga perlu bertanggungjawab kerana menjadi punca buku berunsur komunis yang diedarkan di sekolah-sekolah serta membuat kenyataan sekolah menengah Tamil akan ditambah sedangkan sekolah vernakular sedang dicabar di mahkamah.

(Visited 293 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button