Belang BertempatCeloteh

Selain Tampil Dengan Rasa Buah, Ini Perbezaan Spanish Fly Dan Spanish Flu Yang Ramai Keliru!

Spanish flu atau selsema Sepanyol adalah pandemik influenza kategori lima yang bermula di Amerika Syarikat, muncul di Afrika Barat dan Perancis lalu tersebar hampir ke seluruh dunia.

Ia merupakan pandemik pertama disebabkan oleh virus influenza A dari subjenis H1N1 dan kebanyakan mangsa yang mati akibat selsema ini adalah golongan muda.

Spanish flu berbeza dengan pandemik lain

Selsema Sepanyol dianggap berbeza dengan pandemik lain kerana ia tidak begitu meragut nyawa kanak-kanak, orang tua atau pesakit lain yang daya tahannya sangat rendah.

Menurut rekod, selsema Sepanyol tersebar sehingga ke Artik dan kepulauan Pasifik dan ia tercetus dari Februari 1918 hingga April 1920.

Angka juga menunjukkan 50 hingga 100 juta orang di seluruh dunia terkorban sekali gus menjadikannya antara bencana alam paling membawa maut di dunia.

Spanish fly datang dengan perisa buah-buahan

Berbeza dengan selsema Sepanyol atau Spanish flu tadi, Spanish fly langsung tidak ada kena-mengena dengan wabak penyakit mahu pun pandemik yang menakutkan.

Spanish fly adalah sejenis cairan peransang seksual yang akan diambil oleh mereka yang lemah tenaga syahwat akibat pelbagai faktor atau rasa tiada keyakinan diri.

Selain rasa Strawberi, Spanish fly turut didatangkan dengan rasa epal, oren dan sebagainya namun ubatan ini memiliki risiko untuk jangka masa panjang.

Dalam erti kata lain, jika tidak mahu tubuh rosak akibat ubatan yang tidak elok dan memberikan rasa sedap buat sementara, tidak perlu gunakan Spanish fly atau ubatan lain yang memiliki fungsi serupa.

Perlu faham beza sebutan dan maksud

Sehubungan itu, sebagai seseorang yang ingin bercakap di hadapan orang ramai tentang isu semasa yang memiliki terma-terma yang agak mencabar, kajian sebutan harus dilakukan.

Hal ini kerana zaman millenium ini mencatatkan segala dosa atau kesalahan manusia boleh dirakam menggunakan kamera pada telefon bimbit dan ia menunggu masa untuk disebar serta dimalukan.

Sama seperti kesalahan menyebut Spanish flu kepada Spanish fly, paling kurang perlu pamerkan kebijaksanaan semasa berucap kerana seseorang pemimpin itu melambangkan keseluruhan institusinya.

(Visited 930 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button