Belang Bertempat

Rafizi bidas Najib isu Sapura: Najib ‘tembak’ balik

Saya tak bersuara ketika itu sebab Sapura bukan syarikat GLC-Najib

“MENGAPA pemimpin PKR tidak bersuara semasa Pakatan Harapan (PH) menyuntik dana tambahan sebanyak RM2.7 bilion ke dalam Sapura pada 2019 untuk menjadikan Putrajaya sebagai pemegang saham terbesar biarpun mengetahui pendapatan bagi bekas CEO adalah tinggi.”

Rafizi Ramli

Itu persoalan yang dibangkitkan oleh bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Dalam catatan di Facebook sambil berkongsi tangkap layar artikel bertajuk “Mana suara Najib?” Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, Sapura juga bukan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang memerlukan pengawasan dan kawalan dari seorang perdana menteri.

“Saya tidak bersuara ketika CEO dibayar gaji lumayan sebab sebelum tahun 2019, syarikat tersebut adalah syarikat swasta yang dibina dan dimiliki oleh CEO tersebut untuk menjadi syarikat perkhidmatan minyak dan gas kedua terbesar dalam dunia.

“Syarikat swasta yang bayar, shareholders (pemegang taruh) dan lembaga pengarah swasta yang luluskan gaji dan pampasan bagi pengurusannya.

“Dia nak dibayar RM1 bilion setahun pun bukan masalah kerajaan selagi pemegang-pemegang saham dan lembaga pengarah Sapura izinkan. Tidak kena mengena dengan kerajaan,” tegas Najib.

Terdahulu, Rafizi berkata, pengarah eksekutif Sapura menerima kira-kira RM983 juta dalam pelbagai bentuk bayaran daripada 2009 hingga 2018 ketika Najib menjadi Perdana Menteri.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beberapa rekod kewangan syarikat petroleum itu sejak sedekad lalu banyak mengundang kontroversi termasuk bayaran kepada pengarah-pengarah eksekutifnya yang juga pemegang saham terbesar Sapura.

Kata Najib, “Yang bail-out, korang. Tetapi kamu bisu masa itu. Dengan itu, Sapura menjadi GLC pada 2019 dan bekas CEO itu bersara sebagai CEO pada Mac 2021.

“Seluruh pengurusan atasan dan lembaga pengarah Sapura juga telah bertukar,” kata Najib.

Najib berkata, pendekatan dan kaedah Rafizi yang lebih cenderung untuk mencari salah berbanding mencari penyelesaian antara sebab PH tidak boleh diberi peluang sekali lagi untuk duduk di Putrajaya.

“Kita ada peluang untuk selamatkan ekonomi dan potensi untuk menjana kembali kekayaan dengan memulihkan sebuah syarikat terbesar dalam sektor industri terpenting negara pada ketika permintaan dunia bagi perkhidmatan minyak dan gas adalah tinggi dengan harga tinggi.

“Sekiranya Petronas yang amat memerlukan perkhidmatan Sapura mengambil alih atau membantu Sapura, Kerajaan tak perlu gunakan satu sen pun untuk memulih Sapura.

“Malah berpotensi untuk mengaut keuntungan berpuluh ganda setelah nilai Sapura dipulihkan ke keadaan sebelum ini. Jika Sapura dibiarkan muflis ia tak memberi sebarang manfaat pada negara,” katanya.

Pokoknya, kurang satu jam bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi bidas Najib Razak berhubung isu ‘bailout’ Sapura Energy Bhd, beliau mendapat maklumbalas daripada Ahli Parlimen Pekan mengapa beliau tidak bersuara ketika pengarah eksekutif syarikat perkhidmatan minyak dan gas itu dibayar gaji tinggi kerana statusnya sebagai syarikat swasta sebelum 2019. – SM

(Visited 1,462 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button