Politik

Selagi tepati Perlembagaan, tak salah naratif kaum, agama di media sosial

TIMBALAN Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan penggunaan naratif kaum dan agama di media sosial tidak semestinya menjadi kesalahan asalkan ia menepati Perlembagaan.

Beliau berkata, isu yang diperkatakan seperti hak orang Melayu menyentuh sesuatu yang dijamin Perlembagaan selain bahasa dan budaya Melayu yang menjadi teras kebudayaan nasional dan Islam.

Menteri Alam Sekitar dan Air Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Foto: FB Kementerian Alam Sekitar dan Air

Berkenaan naratif agama, Tuan Ibrahim menganggap ia sebagai “penjelasan agar tidak berlaku pelanggaran syariat dalam kehidupan”.

“Bagi kami (PAS), Islam telah menggariskan batas dalam kehidupan dan semua pihak mesti menjaga batas syariat itu agar ia menepati dasar dan peraturan bernegara,” jelas beliau.

Beliau mengulas kajian Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) ke atas media sosial pada Pilihan Raya Umum Ke15 (PRU15) lalu yang mendapati, bahan berkisar naratif kaum dan agama yang menyinggung perasaan ‘menguasai’ platform media sosial utama ketika PRU15.

Menurut kajian itu lagi, daripada 117,152 bahan yang dimuat naik di Facebook, Twitter, YouTube dan TikTok, 66,933 menyentuh isu kaum.

Sejumlah 24,484 membabitkan isu agama dengan ahli politik dikesan sebagai pelaku utama yang menyumbang kepada naratif kaum.

Ia juga mendakwa PAS dan Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang berjaya mempengaruhi sejumlah besar pengundi dalam kalangan pengguna media sosial, menurut laporan Malaysiakini yang memetik kajian itu.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu catatan ahli politik yang berbaur perkauman dan agama dipantau susulan dapatan daripada kajian CIJ.

“Presiden menggunakan fakta dalam kerangka kaum dan bangsa yang selaras dengan apa yang dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran,” kata Tuan Ibrahim menurut laporan FMT.

Beliau juga berkata, dakwaan bahawa PAS berjaya mempengaruhi sejumlah besar pengundi, itu sebenarnya rakyat menolak Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Selama ini sokongan kepada PAS tidak sehebat PRU lalu walaupun tulisan presiden bukanlah baharu,” katanya. – SM

(Visited 147 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button