fbpx
EkonomiNasional

Sektor pembinaan diberi kelonggaran, kerja ubah suai rumah persendirian boleh jalan terus?

ANALISIS

MEMANG benar seperti kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Hari ini merupakan hari ketujuh setelah Kerajaan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 13 Januari lalu.

PKP kata kerajaan berkuatkuasa di tujuh buah negeri, PKP Bersyarat (PKPB) pula dikenakan di lima negeri lain manakala PKP Pemulihan (PKPP) adalah ke atas negeri-negeri selebihnya.

PKP 2.0 kata netizen adalah untuk membendung wabak Covid-19 atau gelombang ketiga yang melanda rakyat Malaysia.

Semalam sahaja, lebih 3,000 kes dilaporkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan harapan, kes positif dan kematian yang membabitkan pandemik Covid-19 ini dapat dibendung dan dikekang.

PKP 2.0 menuntut Perdana Menteri tampil lagi membuat perutusan khasnya di siaran langsung di kaca televisyen.


Dalam perutusannya, Muhyiddin berkata, sejak pelaksanaan PKP tersebut (PKP 2.0), statistik harian kes positif Covid-19 masih tinggi. Walau bagaimanapun, jumlah kes sembuh juga turut tinggi iaitu lebih daripada 75 peratus daripada keseluruhan kes.

Masakan tidak tinggi kes Covid-19. Kalau kerja-kerja ubah suai rumah persendirian masih boleh diteruskan dalam keadaan PKP 2.0, masakan kes positif boleh menurun seperti yang sepatutnya!

Kata Muhyiddin lagi dalam perutusan khasnya, di bawah matlamat pertama memerangi wabak Covid-19, Kerajaan telah menyediakan dana tambahan sebanyak RM1 bilion.

Ini kata beliau, merangkumi hampir RM800 juta yang disalurkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dan selebihnya, disalurkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan juga agensi-agensi lain yang terlibat.

Muhyiddin menjelaskan dalam perutusannya hari ini, penyediaan peruntukan tersebut menumpukan kepada bekalan antaranya tambahan reagen dan kit saringan serta peralatan PPE terutama kepada petugas kesihatan.

Usaha dan nasihat telah diberi kepada seluruh rakyat Malaysia memandangkan kedudukan wabak itu di negara kita masih membimbangkan.

“Saya berharap kita dapat terus istiqamah dalam kawalan kendiri dan mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan,” kata Muhyiddin.

Sememangnya, kata Muhyiddin tadi, dengan pelaksanaan PKP, aktiviti ekonomi harian akan terjejas terutama sekali perniagaan dan perusahaan kecil tempatan.

Namun berbeza dengan pelaksanaan PKP yang terdahulu iaitu tahun lepas. Mula-mula PKP diisytiharkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin ialah pada 18 Mac 2020.

PKP 2.0 pada kali ini, kerajaan kata Muhyiddin membenarkan lebih banyak aktiviti ekonomi diteruskan beroperasi khususnya di lima sektor ekonomi.

Kelima-lima sektor ekonomi yang dimaksudkan oleh Muhyiddin ialah pengilangan dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan pengedaran serta perladangan dan komoditi.

Menyentuh kelonggaran kepada sektor pembinaan tidak pula dinyatakan dengan jelas oleh Kerajaan apakah dibenarkan pengubahsuaian rumah kediaman dalam keadaan PKP 2.0?

Ini kerana ada kontraktor yang mengupah pekerja dari Indonesia untuk meneruskan kerja-kerja pengubahsuaian rumah termasuk pada hari Sabtu (hujung minggu) dalam tempoh PKP 2.0 dilaksanakan.

Kebenaran yang diperoleh oleh tuan rumah untuk membenarkan pekerja kontraktor membuat kerja-kerja pengubah suaian rumah atau kediaman persendiriannya dalam PKP 2.0 dilaksanakan adalah ‘mengagumkan’.

Itulah sebabnya Kerajaan perlu secara khusus atau spesifik dalam memberi kelonggaran atau kebenaran kepada sektor pembinaan untuk terus beroperasi.

Jika sektor pembinaan yang dimaksudkan di sini ialah pembinaan bangunan mencakar langit, itu boleh diterima tetapi apakah pengubah suaian rumah kediaman, juga diletakkan di bawah kategori yang sama dengan sektor pembinaan?

Alasan diberikan kebenaran dan kelonggaran kepada sektor-sektor berkaitan dengan ekonomi untuk terus beroperasi adalah sebagai langkah untuk memastikan kelancaran pembekalan keperluan asas harian, perdagangan antarabangsa dan rantaian bekalan kepada industri, infrastruktur kritikal dan juga kerja-kerja kecemasan tidak terjejas.

Itulah kata-kata Muhyiddin yang cuba untuk seimbangkan di antara PKP, kekangan wabak Covid-19, bantu rakyat dan pacu ekonomi negara.

Suka atau tidak, rasa atau tidak rakyat Malaysia seluruhnya, semenjak bermulanya penularan wabak Covid-19 awal tahun lepas, Kerajaan telah melaksanakan empat pakej rangsangan ekonomi yang bernilai RM305 bilion.

Sejumlah angka yang bukan kecil atau lebih 20 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) itu adalah bagi membantu rakyat.

Bantu rakyat, bantu golongan peniaga, bantu perniagaan dan juga melindungi ekonomi negara, kata Muhyiddin.

Pakej-pakej rangsangan ekonomi ini telah melibatkan RM55 bilion suntikan fiskal oleh Kerajaan dan di bawah Kementerian Kewangan, usaha pelaksanaan oleh 53 Kementerian dan agensi-agensi Kerajaan telah memastikan lebih 20 juta rakyat menerima manfaat.

Sebanyak 2.4 juta perniagaan turut menerima manfaat langsung daripada pakej-pakej rangsangan ekonomi ini dan selepas ini, apa lagi yang akan dituntut daripada Kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin? – SM

(Visited 1,153 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button