Ekonomi

Leon Fuat catat untung selepas cukais 470 peratus dalam suku ketiga 2021

SHAH ALAM 29 Nov. – Leon Fuat Bhd (Leon Fuat), pengeluar dan pedagang produk besi keluli, mengkhusus di dalam produk panjang bergulung dan rata, merekodkan peningkatan di dalam keuntungan selepas cukai (PAT) kepada RM38.66 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September 2021.

Ia merupakan kenaikan 470.4 peratus berbanding RM6.78 juta dalam tempoh suku yang sama tahun lalu.

Leon Fuat dalam kenyataannya berkata, bagi suku tahunan yang dikaji, syarikat mencatatkan pertambahan hasil sebanyak 44.1peratus kepada RM236.11 juta berbanding RM163.82 juta pada suku ketiga tahun lalu manakala keuntungan sebelum cukai (PBT) mencatat kenaikan 447 peratus kepada RM49.14 juta berbanding RM8.98 juta pada suku sama tahun lalu.

Pengarah Eksekutif Leon Fuat Calvin Ooi Shang How berkata, berasaskan segmen perolehan daripada dagangan produk besi keluli meningkat sebanyak 65.7 peratus kepada RM94.81 juta sementara hasil daripada pemprosesan produk besi keluli meningkat sebanyak 32.6 peratus kepada RM141.22 juta.

Segmen dagangan menyumbang kepada perolehan adalah sebanyak 40.2 peratus pada suku ketiga lalu berbanding 34.9 peratus pada suku ketiga 2020 manakala sumbangan segmen pemprosesan adalah sebanyak 59.8 peratus berbanding 65 peratus pada suku ketiga 2020.


“Secara umumnya, perniagaan kami tidak terjejas teruk oleh Perintah Kawalan Pergerakan pada 9M2021 manakala perolehan keseluruhan yang lebih tinggi bersama margin keuntungan kasar lebih besar telah menyokong prestasi kewangan kami. Walaubagaimanapun, kami maklum bahawa terdapat potensi pantulan naik di dalam aktiviti ekonomi domestik yang akan memacu pemulihan dalam suku tahunan akan datang, kami akan menguruskan risiko berterusan daripada gangguan terhadap bekalan di sebalik kemunculan semula kes jangkitan COVID-19 di dalam ekonomi-ekonomi tertentu.’’ katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, bagi sembilan bulan berakhir 30 September 2021, PAT tumbuh 918.5 peratus kepada RM106.89 juta berbanding RM10.50 juta yang dicatat pada tempoh sama pada tahun kewangan yang lalu.

Beliau menambah, pihaknya mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan kesinambungan dan kemampanan perniagaan di dalam landskap perniagaan yang meruap ini.

Langkah-langkah tersebut termasuk kekal waspada terhadap pergerakan harga besi keluli dan tukaran mata wang asing yang berkaitan, mengambil langkah proaktif termasuk merundingkan kontrak hadapan, di mana yang perlu, selain pengurusan inventori yang cermat manakala terus meningkatkan keupayaan dan kecekapan operasi bagi memenuhi keperluan pelanggan dan selari dengan paras kos operasi yang ditetapkan.

(Visited 35 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button