Nasional

Anwar Ibrahim patut rasa malu, hanya fikirkan kepentingan peribadi

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu berasa malu kerana hanya memikirkan kepentingan peribadi untuk menjadi Perdana Menteri ketika negara masih berperang dengan Covid-19.

Perkara itu ditegaskan ahli parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan tindakan Anwar sebagai propaganda yang sudah dilakukan beberapa kali.

“Propaganda seumpama ini sudah dilakukan Anwar berkali-kali iaitu pada April 2008, September
2008, Februari 2020 dan terbaru pada semalam.

“Kalau betul sudah memperolehi sokongan hampir 2/3 Dewan Rakyat, beritahulah kepada umum, berapa orang Ahli Parlimen yang menyokong dan dedahkanlah siapa Ahli Parlimen UMNO yang berpaling tadah.

“Rakyat sudah penat dengan semua sandiwara ini dan sudah lebih 20 tahun negara terpaksa
melalui krisis politik hanya kerana Anwar hendak menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Menurut Hishammuddin, rakyat sudah cukup terbeban dengan isu ekonomi dan Covid-19 dan tindakan Anwar itu hanya menambah lagi beban mereka dengan isu-isu politik.

Jelasnya, sekiranya situasi politik negara berterusan tidak stabil, usaha yang dilaksanakan kerajaan demi rakyat selama beberapa bukan ini akan menjadi sia-sia.

Ujarnya, sejak kemelut politik ini bermula, ramai rakan pemimpin luar negara menzahirkan
kebimbangan terhadap situasi di negara ini, terutama dalam konteks Covid-19 dan ini menganggu usaha kerajaan untuk menjalinkan pelbagai bentuk kerjasama terutama demi memerangi Covid-19 dan memulihkan ekonomi tempatan dengan rakan-rakan negara lain.

Dalam pada itu, Hishammuddin juga memberitahu UMNO mesti berwaspada dengan taktik Anwar dan sedar bahaya menyokong ketua pembangkan itu akan membuka peluang kepada DAP untuk lebih berkuasa dan seterusnya membawa mudarat kepada kepentingan agama, bangsa dan negara.

Jelas beliau, UMNO dan Barisan Nasional perlu memberi fokus kepada usaha untuk memenangi PRN Sabah.

“Apa jua yang berlaku, semua anggota Jemaah Menteri dan Ahli-ahli Parlimen Kerajaan mesti beri sokongan padu kepada Perdana Menteri.

“Jangan kita menjadi anggota penting Kerajaan, menikmati kelebihan yang diperolehi tetapi pada masa yang sama tidak menyokong kepimpinan,” jelasnya. -SM

(Visited 390 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button