Nasional

SEDA perlu fokus kepada pelaksanaan kerja berkualiti untuk rakyat – Fadillah

PIHAK Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia terus fokus kepada pelaksanaan kerja yang cekap dan berkualiti untuk memastikan perkhidmatan yang memuaskan dapat disalurkan kepada rakyat.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, beliau turut yakin dengan kerjasama dan hubungan yang akrab antara agensi dan kementerian dalam menjalankan inisiatif serta program yang dapat menyumbang kepada kelestarian dan kemampanan ekonomi negara.
“Sebagai antara agensi di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam (KPTDGA), SEDA Malaysia komited untuk menyokong kepimpinan Fadillah dalam memastikan negara mencapai aspirasi negara neutral karbon pada 2050,” katanya.
Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam berkata demikian dalam lawatan ke pejabat SEDA Malaysia di Putrajaya semalam.
Dalam lawatan itu, Fadillah disambut Pengerusi SEDA Malaysia Ahmad Zairin Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Hamzah Hussin serta anggota pihak berkuasa dan pengurusan SEDA Malaysia.
Turut diadakan satu taklimat ringkas untuk memperkenalkan SEDA Malaysia dan fungsi-fungsinya dalam menerajui industri tenaga lestari negara. – SM
(Visited 26 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button