Nasional

Miliki dadah bernilai RM13,200, dua lelaki ditahan

DUA lelaki disyaki pengedar dadah ditahan dalam satu operasi polis di sebuah apartment mewah di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur kira-kira pukul 8.15 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisione Mohd. Fahmi Visunathan Abdullah berkata, kedua-dua suspek berusia lingkungan umur 30 ke 40 tahun.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan telah merampas dadah disyaki jenis heroin seberat 1.1 kilogram yang bernilai RM13,200.

“Ujian saringan awal air kencing kedua-dua suspek juga mendapati mereka positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Fahmi, jumlah rampasan dadah itu dipercayai boleh dibekalkan kepada 800 orang pengguna.

Jelasnya, kedua-dua suspek juga didapati mempunyai rekod lampau kes dadah.

“Turut dirampas wang hasil jualan dadah sebanyak RM200 dan sebuah kenderaan yang digunakan oleh kedua-dua saspek jenis Audi TT,” ujarnya.

Tambahnya, kedua-dua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -SM

(Visited 76 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button